Benarkah wanita bujang terlalu lama menghidapi sindrom kesunyian?

Firman Allah S.W.T di dalam Surah An-Nahl : 72,

“Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri), dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu: anak-anak dan cucu-cicit, serta dikurniakan kepada kamu dari benda yang baik lagi halal; maka patutkah mereka (yang ingkar itu) percaya kepada perkara yang salah (penyembahan berhala), dan mereka kufur (mengingkari) pula akan nikmat Allah?”

Berdasarkan Bancian Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 yang telah dijalankan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, seramai 2.5 juta rakyat Malaysia yang berusia 25 tahun masih bujang.

Wanita yang belum berkahwin adalah seramai 30.6 % jika dibandingkan dengan lelaki seramai 60.4 %.

Walaupun jumlah wanita yang belum berkahwin adalah kurang dari lelaki tetapi peningkatan berlaku dari segi purata umur pada tahun 2010, purata umur berkahwin bagi wanita adalah 25.7 tahun berbanding 25 tahun pada tahun 2000.

Kesunyian menurut kamus dewan bermaksud berasa sunyi, sepi kerana berkeseorangan. Sindrom ini kerap terjadi terutamanya kepada wanita bujang apabila wanita seusia yang rapat sudah mendirikan rumah tangga.

Seseorang boleh merasai kesunyian walaupun ketika berada dalam kumpulan orang ramai. Kesunyian dan membawa erti perasaan tidak puas hati dengan kualiti perhubungan dengan orang lain yang mana berbeza dengan maksud bersedirian (Selesa tanpa kehadiran orang lain).

Kesunyian terbahagi kepada dua iaitu kesunyian sosial dan kesunyian emosi:

  • Kesunyian Sosial – merasa mempunyai kawan atau individu rapat yang sedikit di sekelilingnya dan ini menimbulkan kesunyian
  • Kesunyian Emosi – merasa hubungan antara kawan atau individu rapat tidak mendalam dari segi kualiti hubungan. Walaupun mempunyai ramai individu rapat di sekeliling tetapi terasa seperti ada kekosongan dan kekurangan yang membawa kepada kesunyian.

Mengapa Wanita Masih Bujang?

Peningkatan Taraf Pendidikan

  • Pada sesi akademik 2013/2014, media mendedahkan bahawa 67.7% pelajar yang mendapat tempat ke universiti adalah pelajar perempuan berbanding lelaki hanya 32.3%.
  • Kaum wanita lebih cenderung menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi berbanding lelaki menyebabkan mereka lewat berkahwin kerana tumpuan kepada meningkatkan taraf pendidikan,

Komitmen terhadap Kerjaya

  • Ramai wanita bekerjaya dan memegang jawatan tinggi dalam pengurusan sesebuah organisasi menyebabkan masa banyak dihabiskan untuk karier sekaligus pemikiran terhadap perkahwinan di ketepikan.

Tanggungjawab kepada Keluarga

  • Ada wanita yang lewat berkahwin terutamanya anak sulung merasakan mereka perlu mendahulukan tanggungjawab terhadap keluarga melebihi kepentingan diri sendiri.

Kesukaran mencari Pasangan yang sesuai

  • Wanita yang berprofil tinggi agak selektif dalam memilih pasangan yang sekufu dengan mereka kerana peningkatan jurang pendidikan, kerjaya dan ekonomi di kalangan wanita dan lelaki masa kini.

Selesa hidup membujang

  • Wanita yang berpendidikan tinggi, bekerjaya dan mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh merasa selesa hidup bersendirian dari menghadapi kemungkinan mendapat pasangan yang tidak memahami mereka.

Keistimewaan wanita lewat berkahwin

Matang dan mahir menguruskan rumahtangga

  • Wanita yang berkahwin lewat matang dari segi emosi dan pemikiran serta berpengetahuan dalam menguruskan rumahtangga

Penampilan lebih menyakinkan

  • Oleh kerana lebih berpengalaman, kemahiran berdandan, berhias serta bijak membawa diri menjadikan personaliti mereka seiring dengan gaya yang ditampilkan.

Berfikiran terbuka dan lebih berdikari

  • Wanita bekerjaya yang lewat berkahwin lebih berfikiran terbuka, berdikari dan bijak menangani konflik kerana kematangan

Ciri-ciri Wanita Bujang yang Menghadapi Sindrom Kesunyian

  • Cenderung menyalahkan diri sendiri atas hubungan sosial yang buruk (Anderson & Snogdgrass, dalam Myers, 1999)
  • Menerima orang lain secara negatif (Jones, Wittenberg,& Reiss, dalam Myers, 1999)
  • Sukar menjalinkan persahabatan dan bergaul di dalam kelompok (Rock, Spitzberg & Hurt, dalam Myers, 1999)
  • Cenderung menjadi pemalu dan tidak asertif, (Jones & Cutrona, dalam Saks & Krupart, 1998)
  • Memiliki kekurangan dalam keterampilan sosial (Riggio, Trockmorton & DePaola; Jones, Hobbs, & Hockenbury, dalam Santrock, 1999)
  • Orang yang kesepian cenderung menjadi pemalu, self-conscious, introvert, memiliki self-esteem yang rendah serta tidak asertif (Jones & Cutrona, dalam Saks & Krupart, 1998)

Bagaimana mengatasi Sindrom Kesunyian

1. Sibukkan diri dengan aktiviti

  • Cari hobi atau aktiviti untuk mengisi masa lapang seperti melancong, menonton wayang, bermain boling, bersukan atau melibatkan diri dengan kerja amal

2. Luaskan pergaulan

  • Berkenalan dengan rakan-rakan baru bagi meluaskan pergaulan dan supaya anda dapat berkomunikasi serta meluahkan masalah terhadap orang lain
  • Senyum selalu bagi mewujudkan keyakinan dalam diri dan bagi mewujudkan aura yang positif
  • Jangan takut untuk memulakan perbualan dan ringankan mulut untuk untuk menegur orang lain

3. Dekatkan diri dengan kerohanian

  • Dekatkan diri dengan sesuatu yang bersifat kerohanian seperti berzikir, membaca Al-Quran dan menghadiri majlis ilmu

4. Berfikiran Positif dan hindari pemikiran negatif

  • Individu yang mengalami kesunyian akan lebih cenderung untuk berfikiran negatif
  • Sekiranya anda mula berfikiran negatif, ambil kertas dan mula menulis perancangan anda serta impian anda supaya pemikiran negatif boleh berubah menjadi pemikiran yang positif
  • Fikirkan perkara yang menyenangkan anda dan membuat anda berasa gembira dan bahagia

5. Kenalpasti minat dan kebolehan

  • Kenalpasti minat dan kebolehan anda seperti menjahit, memasak, membuat kek
  • Hadiri kelas yang anda minat bagi meningkatkan kemahiran anda dan sekaligus mengisi masa lapang di samping boleh menjana pendapatan sampingan
Fadhilah
Author: Fadhilah

1 Comment
  1. […] atau wanita bujang memang gemar berhiasa kerana mereka cukup masa untuk menyiapkan diri mereka sendiri. Di tambah, […]

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart