Benarkah individu lambat kahwin adalah golongan berani dan miliki sikap ‘luar biasa’?

Bagi mereka yang menjangkaui usia 30an, setiap kali balik kampung atau berjumpa saudara mara terdekat pasti terpacul soalan ‘cepu emas’, menanyakan jika kita merancang untuk berkahwin dan bila.

“Bila nak kahwin?”,

“Sampai bila nak hidup sorang ni?”,

“Kenapa terlalu memilih sangat?”

Antara soalan yang walaupun tidak menjejaskan diri namun kadang kala sangat memedihkan hati.

Lazimnya individu yang lambat berkahwin sering menjadi bualan masyarakat sekeliling kerana ‘teguh’ hidup bersendirian dan selain dipercayai memiliki personaliti introvert.


Merungkai ‘anggapan’ tersebut, Pensyarah Psikologi, Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja sosial, Universiti Utara Malaysia (UUM), Siti Azura Bahadin berkata, individu yang lambat berkahwin mempunyai sikap yang ‘luar biasa’ dan suka mendominasi pihak lain kerana sudah terbiasa membuat keputusan sendirian.

Biasanya golongan ini sangat berhati-hati dalam setiap perkara dan mudah curiga dengan persekitaran, kadang-kala mereka sangat beremosi.


Jadi mereka ini adalah individu yang berani dan tidak kisah walaupun bersendirian kerana kebiasannya memiliki kerjaya yang kukuh selain tidak mengganggu kehidupan orang lain.

Bagaimanapun, keputusan yang dibuat golongan ini biasanya lebih matang dan rasional daripada pihak lain namun mereka memiliki ‘kepala angin sendiri’ kerana mahu orang lain mengikut keputusannya.


Soal jodoh tidak boleh dipersalah oleh mana-mana pihak kerana mungkin golongan tersebut pernah mempunyai sejarah tersendiri kerana dikecewakan, cinta dihalang atau pernah ditipu, ujarnya.


Soal jodoh ini tidak boleh dipertikai kerana itu semua rahsia Allah kepada umatnya.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart