Posted on: August 7, 2020 Posted by: Fadhilah Comments: 0

Bibir yang merah mungil tentunya akan membuatkan penampilan seseorang wanita itu semakin menarik.

Bukan sekadar hanya manis dipandang, bibir yang mungil dan sihat juga membuatkan warna lipstik semakin terserlah.


Seperti warna kulit, warna bibir bervariasi dan tidak sama bagi setiap orang.
Warna bibir biasanya dari warna merah muda hingga coklat.
Warna kulit juga berkait rapat dengan warna bibir.

Semakin terang warna kulit, semakin terang warna kulit bibir dan semakin menonjol pembuluh darah yang akan muncul.


Bagaimanapun dalam keadaan tertentu, bibir akan kelihatan menghitam dan kusam.


Ada sesetengah orang, bibirnya akan semakin gelap disebabkan beberapa faktor dan juga gaya hidup.


Berikut perkongsian daripada Dr Nazelia yang merupakan seorang dermatologi

.
Penggunaan produk kosmetik pada bibir yang kurang sesuai (produk yang mengandungi plumbum, arsenik dan juga mempunyai warna pigment yang tinggi seperti dalam lipstik jenis matte boleh membuatkan bibir nampak kusam dan gelap.


Masalah ini selalunya akan mengurangkan keyakinan diri sendiri.


Bukan penggunaan kosmetik sahaja, terdapat beberapa faktor lain seperti:

  • Keturunan (genetik)
  • Faktor penuaan (aging)
  • Tabiat merokok, minum alkohol, vape, dan kafein
  • Tabiat menggigit bibir dan lip-smacking
  • Faktor penyakit seperti kanser, anemia, kurang nutrisi seperti zinc dan vitamin A & B

Tip yang membantu mencerahkan bibir gelap:


Sebelum menggunakan mana-mana perwarna bibir (lipstik), lebih elok oleskan lipbalm terlebih dahulu.

Tip ini boleh mengurang masalah “cracked lips” @ “chapped lips” terutamanya jika pemakaian lipstik terlalu lama dibibir.


Ada juga mereka yang ada alahan terhadap sesetengah lipbalm terutamanya yang mengandungi petroleum jelly (seperti vaseline).


Jika anda mengalami masalah ini, gunakan lipbalm yang mengandungi kombinasi bahan seperti paraffin wax dengan hyaluronic acid.


Terdapat banyak produk kosmetik mineral sejak kebelakangan ini.


Jika lipstik anda diperbuat daripada “bees wax” dan pewarna semula jadi seperti ekstrak warna dari bunga ros, ianya selamat untuk bibir anda.

Setiap 1-2 minggu adalah digalakkan melakukan proses exfoliasi (proses membuang sel kulit mati) pada bibir. Caranya adalah dengan mengoleskan minyak zaitun pada bibir, lalu gosok dengan berus gigi berbulu lembut dengan gerakan memutar secara perlahan, lalu bersihkan.


Pastikan juga anda:

  • Mendapatkan tidur yang cukup sekurang-kurangnya enam jam sehari.
  • Kurangkan tabiat minum minuman berkafein.
  • Kurangkan tabiat menggetap bibir.
  • Makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan.

Jika setelah melakukan tip-tip di atas tetapi masih tidak membuahkan hasil, anda boleh mencuba rawatan “Enerpeel” atau “Punkish lips laser” atau “Lips booster” di klinik estetik untuk memulihkan bahagian bibir yang gelap.


Ianya mendapat kelulusan dari FDA dan disahkan selamat oleh dermatologi.

Boleh amalkan pakai lip balm sebelum tidur

Mungkin bagi sesetengah orang menjaga bibir tidaklah seperti menjaga wajah.


Hakikatnya penjagaan bibir juga perlu dititik beratkan sama seperti penjagaan kulit wajah.


Ini kerana kulit bibir jika tidak dijaga akan menyebabkan kulit bibir menjadi kering dan pecah-pecah. Tentunya ia amat menyakitkan.


Ramai wanita hanya memakai lip balm pada waktu siang atau ketika melakukan aktiviti luar.


Sebenarnya pemakaian lip balm juga sangat penting sebelum tidur.


Kandungan-kandungan penting di dalam lip balm, seperti vitamin E dan jojoba oil akan meresap ke dalam kulit bibir selama kita tidur.


Maka tidak hairanlah ketika kita bangun di pagi hari, bibir akan terasa lebih kenyal dan lebih lembab.


Efek tersebut terasa kerana selama anda tidur memakai lip balm, bibir seperti sedang melakukan spa.


Suhu di bibir jadi meningkat, melunturkan racun-racun di bahagian bibir, dan sel kulit mati pun digantikan dengan sel-sel kulit baru yang membuat bibir lebih cerah.

Leave a Comment