Tips dan trik nak nampak tinggi bagi wanita bersaiz kecil

Siapa yang miliki ketinggian 160cm ke bawah memang “berperang” setiap kali mahu memilih outfit harian.

Tip seperti pakai pakaian dari rona yang warna yang sama atau lebih mudah lagi hanya satu warna dari atas hingga bawah mungkin salah satu cara untuk anda kelihatan lebih tinggi.


Namun bagi menutup kekurangan terutamanya ketinggian, padankan seluar atau legging yang senada dengan warna baju mampu membuatkan anda kelihatan lebih trendy dan berkeyakinan.


Memilih untuk memakai seluar atau celana jeans yang mempunyai potongan lurus juga boleh mengubah penampilan anda kelihatan lebih tinggi.

Selain itu, elemen aksesori perlu dititikberatkan kerana aksesori mampu mengubah penampilan seseorang dalam sekelip mata.


Namun awas, jangan pakai baju yang terlalu besar kerana kamu hanya akan kelihatan pelik atau mungkin orang akan berkata baju tersebut sebagai “baju pinjam”.


Harus diingat juga jangan sesekali memakai kasut pump atau kasut mendatar hingga menampakkan saiz fizikal anda yang kecil.


Tapi tahukah anda paling senang hendak nampak tinggi hanyalah dengan mengenakan seluar… Serius kalau anda cuba tip and trik ini penampilan anda akan terus nampak lain.

1. Seluar berjalur menegak dapat membantu memberikan ilusi kerangka yang lebih rendah.


2. Potongan high-waisted boleh membuat bahagian tengah badan kelihatan lebih tinggi, menjadikan kaki kelihatan lebih panjang.

3. Cuba pakai seluar paras buku lali. Pilih potongan yang betul-betul jatuh tepat di atas pergelangan kaki untuk elak nampak pendek. Dan sekali lagi, pilih jenis high-waisted!

4. Jumpsuits penuh mampu membuatkan kaki kelihatan lebih panjang daripada biasa.


5. “Tuck in” baju ke dalam seluar untuk memberi ilusi lebih tinggi. Sebaiknya pilih jenis high-waisted agar menutup limpahan lemak pada perut.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart