BACA! Bila Fynn Jamal kata rogol kerana ‘filter’ , Ini pendangan PADU dari kami

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan kenyataan Fynn Jamal seolah menyalahkan penampilan wanita punca gangguan seksual yang berlaku kepada mereka. Malah, Fynn turut mengaitkan filter di media sosial dengan jenayah rogol.

Kami terpanggil untuk mengupas isu ini kerana bila bercakap soal selfie dan filter, ramai di kalangan kita yang melakukannya. Seperti kami sendiri, selalu juga selfie bersama ibu dan kakak malah kami menggunakan filter agar gambar yang diambil nampak lebih cantik dan warna yang menarik. Adakah kami akan dirogol kerana menggunakan filter? Itu mengarut!

Tidak dinafikan, pada awalnya point yang dikeluarkan oleh Fynn Jamal ada betulnya bila dia kata penggunaan filter boleh mengundang kes rogol. Tetapi perlu diingatkan, ianya hanya boleh ‘MENGUNDANG’ lebih kurang 3% kes rogol tetapi bukannyalah akan dirogol kalau guna filter. Filter tidak bersalah dalam isu ini. Apa yang betulnya, penggunaan secara berlebih-lebihan sehingga mampu menggoda dan menaikkan syahwat lelaki ajnabi adalah dilarang dan berdosa. That’s one point!

Dalam isu kes rogol, bukan perempuan sahaja perlu disalahkan. Mungkin 3% dari kesalahan perempuan yang tidak menutup aurat dengan pakaian menjolok mata. Tetapi kebanyakkannya, dari nafsu lelaki yang tidak dapat dikawal.

Jika diikutkan nisbah, lelaki 9 akal 1 nafsu dan perempuan 9 nafsu 1 akal. Tetapi 1 nafsu lelaki itu sangat besar nisbahnya jika tidak dapat dikawal iaitu nafsu seks.

Pernah korang baca berita, seorang nenek dirogol lelaki muda. Ya! ini kisah benar yang pernah berlaku di negara kita. Fikirkan… adakah nenek tadi menggunakan filter? Adakah nenek tadi main media sosial? Sudah tentu tidak kan. Ini adalah berpunca dari nafsu lelaki yang tidak dapat dikawal baik. Ibarat kucing jumpa ikan, pasti terkam.

Sebab itu dalam agama islam, kita disarankan mengawal nafsu. Kenapa islam mewajibkan puasa? Kerana puasa itulah mampu mendidik kita manusia agar mengawal nafsu. Bukan nafsu makan sahaja, malah nafsu seks juga. Indahnya agama islam apabila mendidik kita apa jua dengan cara mudah dan lembut.

Sejujurnya, Fynn Jamal tidak seharusnya menegakkan isu ini sehingga mengelirukan orang ramai dengan kenyataan yang dilihat sangat complicated dan seolah-olah dia kelihatan terperangkap dengan kenyataannya sendiri.

Cara penyampaian fynn itu dilihat terlalu menghukum daripada menasihati apabila dia mengatakan kaum perempuan patut disalahkan apabila berlakunya rogol. Ya! perlu diingat kita tiada hak menyalahkan sesiapa kerana lumrah sebagai manusia seringkali kita terpedaya hasutan syaitan dan gagal mengawal nafsu. Tidak kiralah apa jenis nafsu macam nafsu makan, nafsu shopping, nafsu marah, nafsu bercantik-cantik hatta nafsu seks.

Apabila Fynn mengeluarkan kenyataan bahawa sperma lelaki mempunyai elemen API, fuhh! memang ternyata dia agak keliru dengan kenyataan sendiri. Jika sperma mempunyai elemen api, maka manusia juga berasal dari api? Lebih buruk lagi ada kenyataan yang mendatangkan kemarahan pembaca, apabila dikatakan wanita perlu jadi ‘bomba’ untuk memadam kebakaran api yang marak itu (nafsu suami).

Kami tidak bersetuju tentang itu. Kenyataan beliau membawa para pembacanya memikirkan bahawa wanita ini hanya berfungsi sebagai pemuas nafsu lelaki semata-mata. Malah dalam keadaan terpaksa dan tidak bersedia, si isteri harus melayan nafsu si suami. Perlu diingtakan, walaupun telah menjadi suami isteri, bila bab layanan atas katil perlulah dalam keadaan tenang dimana suami dan isteri sudah bersedia, barulah hubungan itu tadi menjadi indah untuk dilayari.

Berhati-hati dalam setiap apa yang dikatakan….

Secara jujurnya, kami merasakan Fynn Jamal perlu meneliti setiap apa yang dikatakan. Rujuklah pada ahlinya seperti ilmuan agama, ustaz atau ustazah bertauliah sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan. Jangan buat orang lain rasa bersalah dalam agama hanya kerana kenyataan kita yang tidak tahu kesahihannya.

Tersalah kata, berdosa.

Jangan disebabkan kenyataan kita, ianya mampu menimbulkan fitnah pada agama kita.

Netizen Puji Wardina Beri Hujah Padu Kepada Fynn Jamal

Selepas IG Live bersama Caprice, nampaknya Fynn Jamal tampil ‘live’ bersama Wardina Safiyyah bagi membincangkan lebih lanjut mengenai isu itu. Wardina membidas kenyataan Fynn yang kurang tepat kerana jenayah rogol sudah berleluasa sebelum adanya media sosial.


Wardina berkata, meskipun niat Fynn itu untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai tetapi tidak sepatutnya menyalahkan wanita semata-mata kerana hakikatnya dalam dunia ini tidak semua wanita menutup aurat terutama wanita bukan Islam.

“Jenayah rogol sudah berlaku sebelum media sosial wujud lagi dan malangnya perbuatan ini akan terus berlaku.”


“Hakikatnya dalam dunia ini, tidak semua orang tutup aurat. Kalau pun seluruh wanita Islam menutup aurat, akan ada wanita bukan Islam yang tidak menutup aurat,” katanya.


Mengenai isu rogol kerana filter gambar, Wardina menolak dakwaan Fynn itu dan menjelaskan bahawa tiada salah untuk seseorang tu memuat naik gambar foto sendiri di media sosial kerana jenayah rogol itu tetap akan terjadi.


“Kalau pun anda tak post, orang lain akan post sebab kita tidak hidup dalam masyarakat yang ideal,” katanya.


Dalam pada itu, Wardina meminta Fynn memohon maaf atas kekeliruan kenyataannya itu yang menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak. Ujarnya, bukan tanggungjawab wanita untuk menjaga iman lelaki kerana ramai sahaja lelaki di luar sana yang tidak merogol.


“Bukan tanggungjawab seorang perempuan untuk jaga iman lelaki. Letaklah perempuan bogel pun di hadapan mereka, dia kena jaga iman dia sendiri,” katanya.

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top