Posted on: Julai 1, 2020 Posted by: Fadhilah Comments: 0

Sedapnya pisang goreng kedai makcik ni, tepung apa dia guna?

Memang kebanyakkan kuih dan manisan yang memerlukan tepung beras sebagai bahan utama. Tapi sebenarnya tepung beras yang dijual itu berbeza kegunaannya. Jadi, para ibu di luar sana, kena lah tahu perbezaan jenis dan pilih tepung beras yang betul untuk kegunaan kuih itu.

Tepung Beras

Patutlah buat kuih kadang-kadang jadi, kadang-kadang tak jadi. Dan hari tu ramai bonda/mak/umi/mummy dok tanya tepung beras apa pakai. Kita pun tertanya-tanya la tepung beras ada macam-macam jenis ke. So, search punya search ha ah la, padan tak jadi semedang ini sebabnya. Ada pelbagai jenis tepung beras. Pasti ada yang tak terfikir apa bezanya.

Bagi kita asal tepung beras semuanya sama. Ada 3 jenis tepung beras yang berlambangkan gajah. Tepung beras biasanya asal di perbuatkan dari negara Thailand. Pasti ada yang tak perasan kan. Hari ni kami akan terangkan apa fungsi tepung beras mengikut lambang gajah yang ada.

Tepung Beras Cap 1 Gajah

Sangat sesuai untuk mengoreng seperti buat adunan utk goreng pisang, keledek, keladi, cempedak, adunan gorengan ikan seperti goreng mamak dan goreng berempah. Tepung ini sangat ranggup juga sesuai untuk buat rempeyek dan tumpi kacang hijau atau dhal.

Tepung Beras Cap 3 Gajah

Sangat sesuai untuk kuih-kuih tradisional seperti contoh kuih kuci, kuih apam beras eno dan pelbagai lagi jenis kuih. Ia menghasilkan kuih yang lembut dan berkilat.

Tepung Beras Cap 5 Gajah

Sesuai untuk membuat mee laksa dan pelbagai jenis mee. Sebab ia lebih kental dan kenyal.

Tepung Beras Cap Teratai

Sangat sesuai membuat rempeyek dan apam. Kalau buat apam rasa tepungnya kurang. Jika buat rempeyek dan tumpi sangat-sangat ranggup.

Leave a Comment