So sweet! Wanita ini bertemu jodoh dengan lelaki kelahiran China- British, trending di twitter

Sangat kagum dan menggembirakan apabila dilihat kini sudah banyak rakyat Malaysia terutamanya yang beragama islam dilihat menjalinkan perkahwinan campur bersama rakyat negara luar.


Selain keserasian, rumah tangga yang dibina ini turut mendapat restu oleh kedua-dua pasangan menyebabkan mahligai yang dibina lebih utuh dan bahagia. Sudah tentunya, pelbagai persoalan yang sering diajukan kepada insan-insan yang ‘berjaya’ memiliki pasangan dari luar negara.

Trending di twitter

Di Twitter, sepasangan suami ister mula jadi topik perbualan di Twitter sejak semlam setelah mengetahui bahawa seorang gadis berwarganegara Malaysia, bersuamikan seorang jejaka berkacukan chinese British.

Berkenalan di Universiti

Pasangan suami isteri ini dikenali sebagai Nina dan Hayden. Nina ataupun nama sebenarnya Amanina Syzawan Zaidi merupakan rakyat Malaysia, manakala suaminya Hayden Yau berasal dari United Kingdom.

Mereka berdua dikhabarkan berkenalan semasa melanjutkan pengajian di Universiti of Winchester yang terletak di United Kingdom. Nina dan Hayden kemudiannya mengikat tali perkahwinan pada sekitar hujung tahun 2019 setelah 5 tahun mengenal hati budi masing-masing.

Nina dan Hayden juga turut mencipta saluran YouTube tersendiri bagi berkongsikan kehidupan mereka sebagai pasangan yang berkahwin campur.


Pasangan ini juga telah menerima kata-kata positif daripada kalangan netizen Malaysia dan mendoakan agar perkahwinan mereka kekal sehingga ke akhir hayat.

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top