6 Rahsia hubungan suami isteri kekal bahagia walau dihimpit dugaan

Hidup berumah tangga sudah pasti inginkan bahagia. Adat dan lumrah kalau ada bertengkar atau bergaduh kecil. Semuanya untuk mengajar suami dan isteri bersabar dengan kerenah masing-masing.

Memperbaiki kesilapan adalah kunci hidup rumah tangga yang bahagia.

Perkahwinan merupakan kewajipan bagi sesiapa yang mampu. Ianya dimestikan bagi mengelakkan maksiat dan menambah umat Nabi Muhammad.

Dalam kehidupan berumah tangga ada pasang surutnya. Yelah, bukan kehidupan namanya jika tiada dugaan. Ini kerana dugaanlah yang mematangkan dan mendidik kita mengharungi kehidupan.

Kehidupan suami isteri akan sentiasa diduga. Bagaimana kita menghadapi dugaan itu, terpulang pada kita sendiri samada menganggapnya dan memandangnya dari sudut positif mahupun negatif.

Kadang-kala suami dan isteri akan dilanda masalah dan mula berasa bosan selepas mendirikan rumah tangga. Ego juga merupakan punca utama keretakan rumah tangga dimana kedua-duanya tidak mahu mengalah jika berdepan dengan konflik.

Nak hidup bahagia bersama pasangan? Ikut tips yang kami kongsikan ini.

1) Jadilah kawan baik dan teman sejiwa yang sejati

Selain hubungan intim, sukailah semua perkara-perkara kecil tentang dirinya. Hormati hobi dan minat serta libatkan diri dalam acara kegemaran pasangan anda apabila berpeluang. Kalau suami suka main game, apa salahnya isteri juga join the club kan? Jika isterinya pula suka memasak, si suami bolehlah menjadi pembantu chef di dapur!

2) Dengar pendapat pasangan

Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka.
Isu semasa boleh dijadikan sebagai ‘ice-breaking’.
Kemudian, berbincanglah mengenai hal rumah tangga dan masa depan.
Suami boleh bertanyakan pandangan isteri mengenai masalah kerjanya. Begitu juga sebaliknya, isteri boleh bertanya suami agar suami rasa dirinya lebih dihargai.

3) Jangan berselisih pendapat tentang wang

Apabila situasi kewangan merosot, sama-samalah berjimat tanpa menyalahkan sesiapa. Tenang sahaja dan jalani kehidupan seadanya. Susah bersama, senang bersama. Jangan menyalahkan satu sama lain.

4) Anggap pasangan seperti diri sendiri

Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi.
Semua orang suka dibelai dan dikasihi apatah lagi pasangan suami isteri.
Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta.
Inilah yang sering diabaikan oleh banyak pasangan. Pasangan anda adalah cerminan diri anda sendiri.
Kemana anda pergi, wajah pasangan perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumahtangga akan bahagia.

5) Duduk di sisi pasangan anda setiap malam

Dengan cara ini adalah mustahil untuk anda berdua tidak bersentuhan secara fizikal, bukan? Jadi, sentuhan itu akan membantu anda menyelesaikan segala masalah yang berlaku dan hubungan anda juga akan kekal bahagia.

6) Ingat tarikh penting

Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa sahaja apatah lagi daripada orang yang disayangi.
Cukup sekadar seutas jam atau sehelai tudung.
Jika ‘budget’ anda tidak mencukupi, memadai sekuntum bunga dan sekeping kad. Isteri juga sesekali berikanlah kejutan pada si suami tanda sayang. Berikan ciuman atau masak makanan kegemaran si dia. Pasti suami rasa dihargai.

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top