2 hari lagi, Jom serbu The Wedd Fest, PWTC hujung minggu ini!

Anda merancang untuk melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi dan masih lagi belum buat persiapan majlis atau pun masih lagi tercari-cari pakej perkahwinan yang sesuai untuk majlis anda nanti?

Jika ya…Jom serbu PWTC 4 oktober ini!

Sebab…ada pameran pengantin terbesar tau, dan ini merupakan pameran terakhir untuk tahun 2019. Jadi, masa ini lah paling tepat anda nak buat survey, nak buat tempahan dan cari idea untuk majlis hari bahagia anda nanti.

Dengar cerita, banyak promosi gempak yang korang boleh dapat. Dari tempahan dewan sehinggalah pakej foto dan video yang terbaik. Datang sahaja dan pasti korang dapat rasai aura raja sehari. Isk..rasa tak sabar nak naik pelamin kan.

Bermula 4 sehingga 6 oktober ini. Save the date tau! Jangan risau… masuk adalah percuma. Tiada sebarang bayaran pun. Dah lah masuk percuma, macam-macam promosi hebat pula tu.

Kat mana nak cari info?

Kan dah kata, segalanya dihujung jari anda. Jika korang nak cari info tentang pameran ni, klik je sosial media Wedpedia ataupun rajin-rajinkan diri baca update dari kami di www.wedpedia.my kerana kami adalah portal rasmi untuk pameran kali ni tau.

Selain tu, boleh juga terus ke sosial media penganjur The Wedd Fest . Macam-macam info, promosi, vendor ada kat situ.

Jangan lupa SAVE THE DATE okay…

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top