6 cara mudah daftar Kod QR majlis perkahwinan, pernikahan atau pertunangan guna MySejahtera

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kerajaan menghadkan seramai 250 tetamu untuk menghadiri mana-mana majlis pernikahan. Tetamu yang hadir perlu ke majlis perlu menjaga penjarakan sosial sekurangnya satu meter mengikut kesesuaian tempat.


Sebelum itu, tuan rumah perlu peka untuk mendaftar majlis melalui website MySejahtera. Tuan rumah perlu buat kod QR untuk para tetamu imbas kod dan semak suhu sebelum mereka menghadiri majlis di kediaman anda.

Cara-caranya mudah sahaja!

1. Muat turun MySejahtera

Terlebih dahulu, anda perlu memuat turun aplikasi MySejahtera di Google Play Store atau Apps Store secara percuma. Antara fungsi MySejahtera adalah mengimbas kod QR setiap kali anda melangkah masuk ke mana-mana pusat membeli-belah atau lokasi awam.


Cara kedua adalah klik melalui website MySejahtera dan daftar masuk.

2. MySejahtera Check-in

Untuk penguna pertama, anda boleh klik pada butang ‘Daftar MySejahtera Check-in‘. Manakala, ‘Login MySejahtera Check-in‘ pula adalah untuk anda yang telah buat kod QR dan mahu sunting semula acara atau program.

3. Masukkan nombor telefon

Selepas memasukkan nombor telefon, anda perlu menjawab soalan reCAPTCHA untuk mengesahkan identiti. Untuk bahagian ini, dan mempunyai dua pilihan untuk mengesahkan identiti. Pertama adalah melalui nombor telefon dan keduanya adalah melalui E-mail.

4. Masukkan OTP

Kod OTP akan dihantar ke nombor telefon anda dan sah dalam masa 5 minit sahaja.

5. Maklumat majlis

Masukkan maklumat majlis anda seperti nombor telefon, nama majlis dan alamat majlis diadakan.

6. Siap kod QR

Dah siap! Langkah terakhir adalah memerlukan anda muat turun dan cetak kod QR yang dihasilkan. Kod QR ini perlu diletakkan di meja hadapan majlis, sebelum tetamu melangkah masuk. Sebagai tuan rumah, anda dinasihatkan untuk mengingatkan tetamu mengikuti SOP yang ditetapkan kerajaan.


Jangan lupa untuk menyemak suhu badan tetamu dan tetamu juga diharuskan memakai pelitup muka. Perlu diingat, mana-mana individu yang tidak sihat adalah tidak digalakkan untuk menghadiri majlis.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart