Elak tertinggal anak dalam kereta, Ibu bapa disaran guna “Child Reminder” dalam waze

Baru-baru ini, semua orang dikejutkan dengan berita mengenai seorang ayah secara tidak sengaja meninggalkan anaknya di tempat duduk belakang kereta selama 10 jam hingga menyebabkan kematian kanak-kanak tersebut.Berita itu ternyata memberi impak besar kepada semua orang sehinggakan ada yang menyalahkan si ayah tersebut kerana leka dan tidak sedar akan keberadaan anaknya di dalam kenderaan tersebut.


Bagaimanapun, tidak wajar kita tuding jari siapa yang salah dalam kejadian tersebut dan lebih baik mencari jalan penyelesaian supaya tiada lagi ibu bapa yang bakal mengalami nasib yang sama seperti ayah malang itu.
Menerusi perkongsian di Twitter, seorang netizen mengesyorkan supaya para ibu bapa mengaktifkan setting “Child Reminder” di Waze sebagai langkah berjaga-jaga.


Aplikasi ini menurutnya akan mengingatkan ibu bapa untuk memeriksa keadaan anak mereka yang berada di dalam kereta sebaik saja mereka tiba di destinasi.

Seperti yang dipamerkan, Waze akan mengeluarkan notifikasi yang tertera untuk mengingatkan anda supaya periksa keadaan anak di dalam kereta.


Jadi bagi ibu bapa yang terlalu sibuk dan penat bekerja bolehlah mencuba tip ini demi kebaikan bersama.

Cara-caranya:

1. Mula-mula pilih butang “Search” atau 🔍
2. Kemudian pilih “Setting” atau ⚙️

3. Pilih menu “Reminders”
4. Pilih “Child Reminder”

5. Klik butang tersebut untuk aktifkan fungsi “Child Reminder”. Jadi bila korang sampai ke destinasi, akan dapat peringatan yang ada anak didalam kereta.


6. Korang juga boleh tulis mesej yang akan keluar. Contohnya seperti dibawah:

Jadi Iday harap fungsi Waze ini boleh membantu ibu bapa diluar sana. Tapi ingat, tips ini hanya berguna pada mereka yang menggunakan aplikasi Waze.

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top