Risau perut menggeleber tak muat baju sanding, amal 10 tips cepat slim ini

Bila yang menjelang hari bahagia yang semakin dekat, perkara yang paling merisaukan adalah pertambahan berat badan. Maklumlah, hati tengah bahagia maka selera makan bertambah-tambah tanpa rasa bersalah.

Paling menjadi masalah, bila baju nikah atau sanding yang ditempah jadi sendat. Alamak…kes naya macam ni.

Maka mulalah acara diet teruk dan adakalanya ‘crash diet’ yang boleh membahayakan diri.

Ya, kita semua ingin kelihatan slim dan menawan ketika mengenakan busana pengantin. Jadi, kami akan berkongsi dengan anda 10 cara turunkan berat badan.

Kredit: Daily mail

10 cara cepat untuk turunkan berat badan, anda sebagai bakal pengantin perlu cuba!

Yang bestnya tentang tip-tip ini adalah, kaedah ini tidaklah susah untuk dipraktikkan dan ianya juga amat berkesan. Anda nak cuba tak? Kalau ya, jom baca artikel ini sampai habis dan pilih mana-mana cara yang anda rasakan sesuai untuk diri sendiri, ok?

Anda hanya perlukan sedikit disiplin diri dan kekuatan untuk menangkis godaan-godaan kek, teh ais madu, nasi lemak ayam rendang dan pizza hut. Makan benda sebegini memanglah takkan bantu anda turunkan berat badan!

1) Hentikan pengambilan gula putih serta-merta

Antara cara paling mudah dan berkesan untuk para pengantin cuba bagi menurunkan berat badan adalah dengan menyekat pengambilan gula putih serta-merta.

Walaupun gula, atau juga dikenali sebagai glukosa, fruktosa, dan sukrosa, ada dalam banyak makanan, anda masih boleh mengelak daripada mengambil gula yang jelas kelihatan, iaitu gula putih yang diproses. Jangan minum air manis, elakkan pemanis mulut ataupun jauhi daripada makan buah manis.

Kredit: Food Navigator

Selain itu, anda juga perlu elak daripada mengambil:

  • Sos cili, tomato dan kicap yang tinggi gula
  • Mayonis
  • Buah tinggi gula seperti mangga, pisang, dan tembikai
2.      Kurangkan mengambil makanan dari sumber karbohidrat

Selain daripada menahan diri daripada mengambil gula putih, ada satu lagi cara yang berkesan untuk anda turunkan berat badan. Nak tahu apa dia? Kurangkan daripada makan karbohidrat!

Karbohidrat itu apa? Ia adalah kumpulan makanan yang merangkumi gula, kanji dan selulosa. Semua ini anda harus kurangkan dengan segera kalau nak cepat turun berat badan. Bila cakap tentang karbohidrat, saya pasti anda terfikir pasal nak kurangkan makan nasi.

Eh, jangan ingat karbohidrat itu nasi sahaja ya! Anda juga perlu elakkan semua jenis mee, kentang, gandum, roti, dan pasta. Semua ini adalah makanan berasaskan karbohidrat.

3.      Masukkan teh hijau dalam diet harian anda

Sememangnya, dalam usaha untuk mengurangkan berat badan, 80% daripada caranya adalah melalui diet pemakanan! Jadi, cara seterusnya untuk bakal-bakal pengantin seperti anda turunkan berat badan adalah dengan mengambil minuman teh hijau setiap hari.

Anda boleh beli produk teh hijau di pasaraya terdekat dan bancuhnya sendiri di rumah. Ingat, JANGAN sekali-kali memasukkan gula putih!

Kredit: Stylecraze

Bagaimana teh hijau dapat mengurangkan berat badan anda? Teh hijau dikatakan dapat membantu meningkatkan metabolisme badan secara semulajadi. Malah, ia turut menggalakkan pembakaran lemak dalam badan. Jadi, ambillah teh hijau setiap hari kalau nak kurus ya. Memang cepat perut boroi anda mengecil, hehe…

4.      Amalkan Diet Atkin atau Diet Keto secara berdisiplin

Selain cara-cara di atas, anda juga boleh cuba mengamalkan sama ada diet Atkin atau diet Keto, atau nama penuhnya Diet Ketogenik.

Diet Atkin adalah cara pemakanan yang rendah-karbo, tinggi-protein. Manakala, Diet Keto pula adalah rendah-karbo dan tinggi-lemak.

Memang ada sedikit beza antara kedua-duanya. Tetapi, fungsinya lebih kurang sama, iaitu mempercepatkan pembakaran lemak dalam badan.

Kalau anda nak tahu, gabungan diet point #1 dan #2 yang dikongsikan di atas juga hampir menyerupai kaedah Diet Atkin di mana ia mengurangkan pengambilan kanji yang ada dalam karbo serta gula dalam beberapa fasa.

Cumanya, kalau anda mengikuti Diet Atkin betul-betul, ia ada beberapa pantang-larang tambahan yang lain lagi. Jadi, pilihlah salah satu diet ini dan ikutinya ya.

Kredit: Hello Magazine
5.      Berjalan selama 30 minit setiap hari

Selain daripada mengawal makan, anda juga boleh cepat turunkan berat badan kalau mengamalkan aktiviti berjalan kaki selama 30 minit setiap hari. Senang kan? Tak perlulah sampai bersenam secara berat.

Setiap pagi, luangkan masa selama setengah jam untuk berjalan-jalan, sama ada di taman, di atas treadmill di gimnasium, mahupun window-shopping di mall! Kalau boleh, cuba capai 10,000 langkah setiap hari. Ia bukan sahaja baik untuk badan (kelihatan kurus), malah amalan senaman ini juga bagus untuk kesihatan jantung anda!

6.      Ambil nasi tapi ikut strategi bernas ini

Okay, Ada orang memang tak boleh hidup tanpa nasi. Jadi, apa yang boleh buat adalah anda masih lagi makan nasi setiap hari. Tapi, kalau anda nak muat pakai baju pengantin anda di hari perkahwinan nanti, pastikan anda ikut tip cepat kurus ini.

  • Letak nasi suku pinggan sahaja. Atau satu senduk kecil. Pastikan ianya sebesar saiz penumbuk anda sahaja. Jangan tambah.
  • Kalau perlu pilih antara nasi goreng atau nasi putih, pilih nasi putih. Ia lebih kurang kalori.
  • Kalau perlu pilih antara beras putih biasa dan beras putih basmathi, pilih basmathi. Ia lebih ringan dan kurang kanji.
  • Jangan letak kuah gulai pada nasi. Ambil lauk sahaja tanpa kuah. Nasi banjir sangatlah perlu dielakkan!
7.      Dapatkan tidur yang mencukupi, 7 ke 8 jam setiap malam

Wah! Siapa sangka, kan? Senang rupanya nak turunkan berat badan. Anda hanya perlu cukup tidur sahaja. Tapi untuk anak muda, nak dapatkan tidur yang cukup bukan satu perkara yang mudah.

Ramai antara kita yang suka tidur lewat malam, sama ada terleka melepak dengan kawan di luar atau menonton TV hingga larut malam.

Kalau anda nak turunkan berat badan sebelum berkahwin dan nampak cantik ketika bersanding atas pelamin pengantin, anda perlu ikut tip ini! Dengan tidur yang cukup antara 7 ke 8 jam setiap malam, anda sebenarnya membantu meningkatkan metabolisme badan!

8.      Elakkan daripada makan luar di restoran ketika diet

Lagi satu cara kalau anda mahu cepat turunkan berat badan adalah: anda perlu elak daripada makan di restoran ketika sedang diet!

Semasa dalam usaha untuk kembali kurus, sangat penting untuk anda jaga portion makanan yang diambil. Kuantiti makanan dalam pinggan anda perlu kecil dan tidak berlebihan. Kalau anda makan di restoran, hal ini sangat susah untuk dikawal.

Lagi-lagi, kalau anda makan di kedai hipster. Nah, pinggannya sebesar alam dan kuantiti makanan pun banyak. Bila sudah order, takkanlah kita nak membazir. Maka, mahu tak mahu, kita terpaksa habiskan. Alamak, hancurlah diet anda nanti. Jadi, masak di rumah sajalah ya. Lebih mudah untuk anda kawal kuantiti makanan dalam pinggan. 

9.      Jangan makan selepas pukul 8pm

Selain cara pemakanan dan senaman ringan selama setengah jam setiap hari, anda juga perlu perhatikan waktu makan malam anda. Ya, percaya atau tidak, waktu dinner anda sebenarnya dapat mempengaruhi berat badan anda!

Antara cara untuk turunkan berat badan adalah anda perlu pastikan anda berhenti makan 3 ke 4 jam sebelum anda masuk tidur. Jangan tidur dalam keadaan perut penuh. Jika anda makan lewat malam, ia akan meningkatkan tahap trigliserida dalam badan anda yang kemudiannya menggalakkan penyimpanan lemak dalam badan.

10. Berpuasa dari makan sekurang-kurangnya 12 jam

Lagi satu cara paling cepat untuk turunkan berat badan adalah dengan berpuasa daripada mengambil sebarang makanan selama 12 jam. Antara cara mudah adalah:

  • Ambil dinner pukul 7 malam dan jangan makan langsung selepas dinner.
  • Bila anda bangun pagi keesokannya, makan sarapan pada pukul 8 pagi.

Kalau anda perasan, jadual makan di atas telah membuatkan anda berpuasa selama 12 jam! Jika anda berasa lapar pada waktu malam, minum air kosong sahaja. Dan ingat, anda mesti tidur awal dan dapatkan tidur yang mencukupi.

Selamat mencuba!


Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top