Cara Mudah Guna Kalkulator Bajet Kahwin Wedpedia Yang Betul Untuk Buat Kira-Kira Majlis Perkahwinan

Berapa bajet yang diperlukan untuk sebuah majlis perkahwinan? Bagaimana untuk pastikan bajet tidak lari dari pilihan pakej perkahwinan yang diambil? Ada tak kos yang boleh kita “cut” untuk kurangkan bajet kahwin?

Semua persoalan ini tentunya sering bermain di fikiran anda di luar sana yang masih buntu untuk menentukan bajet yang terbaik untuk merealisasikan majlis perkahwinan anda dan pasangan.

Jangan risau, Wedpedia kali ini akan kongsikan kepada anda semua tentang sebuah sistem baru yang kami bina khusus untuk anda iaitu Kalkulator Bajet Kahwin bagi memudahkan kita mengira bajet perkahwinan itu nanti.

Apa itu Kalkulator Bajet Kahwin?

Kalkulator Bajet Kahwin adalah sebuah sistem baru yang membolehkan pengguna membuat kiraan untuk kos perkahwinan, sama ada untuk pengantin lelaki ataupun perempuan.

Pengguna turut dapat menggunakan kalkulator ini dalam mengira pelbagai perbelanjaan perkahwinan sendiri atau mana-mana kenalan yang mahu melangsungkan perkahwinan.

Ciri menarik yang ada dalam Kalkulator Bajet Kahwin?

Kalkulator Bajet Kahwin Wedpedia ini mempunyai pilihan 3 kategori utama iaitu Bajet Nikah, Bajet Kahwin Perempuan, dan Bajet Kahwin Lelaki.

Kalkulator Bajet Nikah

  • Mas kahwin
  • Jumlah wang hantaran
  • Harga cincin nikah perempuan
  • Kos set dulang hantaran perempuan
  • Harga cincin nikah lelaki
  • Kos set dulang hantaran lelaki
  • Kos sewa dewan
  • Kos sewa khemah
  • Kos pelamin dan hiasan
  • Bilangan jemputan
  • Kos katering
  • Kos doorgift majlis nikah
  • DJ / emcee
  • Kos tambahan

Kalkulator Bajet Kahwin Perempuan

  • Jumlah kad jemputan
  • Harga kad jemputan
  • Servis pakej yang digunakan
  • Sewaan lokasi dan pelamin
  • Doorgift
  • Kos pengantin perempuan dan lelaki (lengkap)
  • Kos tambahan
  • Jumlah kos majlis resepsi perempuan

Kalkulator Bajet Kahwin Lelaki

  • Jumlah kad jemputan
  • Harga kad jemputan
  • Servis pakej yang digunakan
  • Sewaan lokasi dan pelamin
  • Doorgift
  • Kos pengantin perempuan dan lelaki (lengkap)
  • Kos tambahan
  • Jumlah kos majlis resepsi lelaki

Bagaimana cara mengira bajet menggunakan kalkulator ini?

Tadi kita sudah senaraikan antara ciri-ciri menarik yang terdapat dalam kalkulator bajet ini. Baiklah, seterusnya kami akan terangkan kepada anda langkah mudah bagaimana untuk menggunakan kalkulator ini pula.

Kalkulator Bajet Nikah

kalkulator bajet kahwin

  1. Untuk menggunakan kalkulator bajet nikah, pertama sekali layari laman web rasmi kami Wedpedia.
  2. Kemudian, cari pilihan “kalkulator bajet” di bahagian menu dan klik pada bahagian “bajet nikah”.
  3. Anda akan dapat lihat beberapa soalan untuk dijawab merangkumi maklumat penting mengenai majlis kahwin anda itu.
  4. Sila lengkapkan dengan pilihan / jumlah kos yang diminta pada setiap bahagian seperti (mas kahwin & hantaran, bajet majlis nikah, bajet pengantin perempuan & lelaki, dan jumlah kos majlis nikah).
  5. Apabila siap, klik pada butang “berikut”.
  6. Pada bahagian terakhir sebelum hantar kiraan bajet ini. Sila lengkapkan butiran diri seperti nama pengantin lelaki, nama pengantin perempuan, nombor telefon, dan email.
  7. Setelah semak semua butiran yang diminta diisi dengan lengkap dan betul. Boleh klik pada butang “hantar email” untuk menghantar kiraan bajet anda.

Kalkulator Bajet Kahwin Perempuan

  1. Untuk menggunakan kalkulator bajet nikah, pertama sekali layari laman web rasmi kami Wedpedia.
  2.  Kemudian, cari pilihan “kalkulator bajet” di bahagian menu dan klik pada bahagian “bajet kahwin perempuan”.
  3. Anda akan dapat lihat beberapa soalan untuk dijawab merangkumi maklumat penting mengenai majlis kahwin anda itu.
  4. Sila lengkapkan dengan pilihan / jumlah kos yang diminta pada setiap bahagian seperti (kad / e-kad jemputan, katering, sewaan lokasi & pelamin, doorgift, kos pengantin perempuan dan lelaki, lain-lain kos tambahan, jumlah kos majlis resepsi perempuan).
  5. Apabila siap, klik pada butang “berikut”.
  6. Pada bahagian terakhir sebelum hantar kiraan bajet ini. Sila lengkapkan butiran diri seperti nama pengantin lelaki, nama pengantin perempuan, nombor telefon, dan email.
  7. Setelah semak semua butiran yang diminta diisi dengan lengkap dan betul. Boleh klik pada butang “hantar email” untuk menghantar kiraan bajet anda.

Kalkulator Bajet Kahwin Lelaki

  1. Untuk menggunakan kalkulator bajet nikah, pertama sekali layari laman web rasmi kami Wedpedia.
  2.  Kemudian, cari pilihan “kalkulator bajet” di bahagian menu dan klik pada bahagian “bajet kahwin lelaki”.
  3. Anda akan dapat lihat beberapa soalan untuk dijawab merangkumi maklumat penting mengenai majlis kahwin anda itu.
  4. Sila lengkapkan dengan pilihan / jumlah kos yang diminta pada setiap bahagian (kad / e-kad jemputan, katering, sewaan lokasi & pelamin, doorgift, kos pengantin perempuan dan lelaki, lain-lain kos tambahan, jumlah kos majlis resepsi lelaki).
  5. Apabila siap, klik pada butang “berikut”.
  6. Pada bahagian terakhir sebelum hantar kiraan bajet ini. Sila lengkapkan butiran diri seperti nama pengantin lelaki, nama pengantin perempuan, nombor telefon, dan email.
  7. Setelah semak semua butiran yang diminta diisi dengan lengkap dan betul. Boleh klik pada butang “hantar email” untuk menghantar kiraan bajet anda.

Mudahkan gunakan Kalkulator Bajet Kahwin ini. Tidak payah pening-pening kepala untuk membuat pengiraan yang tepat dan betul bagi memastikan pengurusan kewangan diri dan pasangan sentiasa dalam keadaan yang baik.

Diharapkan semoga artikel berkenaan dengan Kalkulator Bajet Kahwin dari Wedpedia ini dapat membantu anda semua khususnya bakal pengantin baru di luar sana dalam merancang kewangan yang lebih baik bagi sebuah majlis kahwin impian anda.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart