12 Sebab Kenapa Kahwin Dengan Kawan Baik Sendiri Benda Paling “Awesome” Menurut Kajian Pakar

Ada atau tidak dari kalangan pembaca yang memilih untuk kahwin dengan kawan baik sendiri? Jika ada, pastinya perkongsian kami kali ini bakal mengembalikan semula nostalgia anda bersama pasangan.
Artikel pada kali ini, kami akan kongsikan kepada anda mengapa ramai orang memilih untuk kahwin dengan kawan baik sendiri dan dijadikan teman hidup sepanjang masa.
Fakta kenapa orang suka kahwin dengan kawan baik sendiri
Setiap orang pastinya mempunyai kenalan dan kawan. Namun tidak semua dari kita mempunyai kawan baik atau sahabat yang rapat.
Justeru itu, bagi mereka yang ada kawan baik kemudian memilih untuk dijadikan pasangan hidup, ianya memang sesuatu yang amat istimewa sekali.
Apakah sebabnya orang suka kahwin dengan kawan baik sendiri? Berikut ini kami kongsikan pendapat kami dan kajian daripada pakar-pakar dari luar negara.
1. Perkahwinan tahan lebih lama
Menurut fakta dari kajian pakar, kahwin dengan kawan baik sendiri boleh menyingkirkan risiko penceraian sebanyak 70%.
Malah bukan itu sahaja, apa yang lebih mengembirakan lagi, perkahwinan ini juga dikatakan selalunya dapat bertahan sehingga akhir hayat.
2. Kekal bahagia sepanjang hidup
Indahnya perkahwinan apabila kita dan pasangan mempunyai “teamwork” dalam menguruskan hal rumah tangga. Maka ungkapan seperti, “Takkan saya seorang je yang nak kena buat semua benda?” ini tidak akan pernah terdetik dalam bibir dan fikiran kita.
Soal memasak, mengemas, membayar bil dan segala tugasan berkenaan rumah tangga boleh dilakukan bersama-sama agar bertambah mudah.
3. Pasangan yang ideal dan terbaik
Perkahwinan yang dibina dengan pasangan dari kawan baik sendiri adalah perhubungan yang berlandaskan persahabatan yang tulen, dan berkembang menjadi cinta sebenar. Tidak semua orang dapat memilikinya dalam hidup.
4. Tak kekok, jadi diri sendiri
Jadi diri sendiri, itulah yang kita mahukan dalam setiap rumah tangga. Apabila pasangan adalah kawan baik kita, kita bebas untuk menjadi diri sendiri baik di hadapannya atau dihadapan kaum keluarganya juga.
5. Elak “drama” dalam perhubungan
Mana ada perhubungan yang sentiasa harmoni dan tidak pernah berlaku perselisihan faham atau pergaduhan. Mana-mana perhubungan pun, pasti ada ketikanya kita bertikam lidah dengan pasangan.
Namun menarik apabila kahwin dengan kawan baik sendiri ini adalah seteruk mana pun pergaduhan itu ianya tetap akan berakhir dengan senyuman dan gelak tawa melihat perangai masing-masing.
6. Boleh berkomunikasi dengan baik dan terbuka
Percayalah, walaupun usia perkahwinan sudah mencecah 5 tahun masih ada lagi dari kita yang mungkin tidak mampu untuk menyuarakan atau rasa takut-takut untuk menyampaikan apa yang dirasakan dalam hati kepada pasangan.
Kebanyakkan kita lebih memilih untuk berdiam atau menyimpan segalanya dalam hati. Dengan kawan baik, kita lebih terbuka untuk berkomunikasi baik ianya untuk mengkritik, memberi pendapat atau sebagainya.
7. Kongsi minat yang sama
Kalau sudah memang sahabat baik, apa pun yang kita buat pastinya ada kaitan dengan pasangan juga.
Sebab dulu sebelum kahwin, kita sering bersama-sama untuk melakukan hobi yang digemari berdua. Kongsi minat yang sama, isi dengan momen bahagia disetiap waktu yang kita ada bersamanya.
8. Tiada “rahsia” antara kita
Sebagai seorang sahabat, kita tahu akan kelemahan, dan sisi gelap diri masing-masing dengan lebih mendalam. Ada kalanya, hal-hal yang kecil pada diri pasangan dan sukar diketahui orang lain pun kita perasan dan ambil peduli.
9. Tak gugup menjadi seorang suami atau isteri
Pandangan kita kepada pasangan adalah pandangan “seorang sahabat”, begitu juga pandangan dia kepada kita.
Soal gugup atau gementar mengalas tanggungjawab menjadi pasangan suami isteri tidak akan menjadi alasan lagi. Sebaliknya kita akan lebih “enjoy’ untuk mengalas tanggungjawab ini bersama.
10. Lebih memahami dan faham maksud “hati”
Kenapa orang selalu cakap, sahabat yang rapat dengan kita lebih faham diri kita dari keluarga sendiri?
Hal ini kerana, sungguhpun kita duduk dan membesar bersama keluarga tetapi tidak semua perkara peribadi kita mahu berkongsi bersama di tambah masing-masing mempunyai komitmen sendiri.
Namun, dengan sahabat baik yang rata-rata seusia kita dan melalui perkara yang sama dalam hidup ini kita akan lebih mudah terbuka dan faham akan perasaan mereka.
11. Ada bahasa “cinta” sendiri
Bersama pasangan sudah tentunya memerlukan bahasa cinta. Bersama anak-anak juga memerlukan bahasa cinta. Bersama ahli keluarga dan ipar duai juga memerlukan bahasa cinta.
Dan setiap pasangan mempunyai bahasa cinta yang berbeza-beza. Bahasa cinta ini sangat unik dan istimewa kerana ia cara kita tersendiri mengekspresikan perasaan cinta kepada pasangan.
Untuk mendalami bahasa cinta, kita perlu mengenali diri sendiri dan pasangan terlebih dahulu kerana setiap individu memiliki bahasa cintanya masing-masing.
Justeru itu ambil keputusan untuk kahwin dengan kawan baik sendiri sangat memudahkan kita untuk lebih mengenali mereka.
12. Saling sokong antara satu sama lain
Tidak kira apa pun keputusan yang kita buat, kecil atau besar, kita akan sentiasa dapat sokongan dari pasangan. Pasangan menjadi orang pertama yang kita minta nasihat dan pendapat berkenaan dengan hidup dan masa depan.
Dalam diam, mungkin kita dan pasangan adalah peminat yang mengkagumi antara satu sama lain tanpa kita sedar.
Diharapkan semoga perkongsian mengenai fakta tentang kahwin dengan kawan baik ini dapat memberikan anda informasi yang bermanfaat untuk dijadikan panduan dalam memilih pasangan hidup yang terbaik.
Artikel Berkaitan:
- 6 “Real Fact” Anak Perempuan Sulung Adalah Calon Isteri Idaman
- Ketahui Sifat Anak Kedua, Peringatan Buat Anda Yang Berjodoh Dengan Mereka
- Lelaki Anak Bongsi Adalah Calon Suami Yang Tepat. Fakta Atau Mitos