Viral di TikTok, Ini cara paling mudah basuh tupperware berminyak

Kadang-kadang memang sakit kepala dan penat bila datang bab-bab nak mencuci bekas makanan atau tupperware. Tambah pula bila makanan yang dibawa adalah berminyak dan keseluruhan bekas makanan tersebut turut meninggalkan kesan minyak yang degil!


Walaupun anda sudah menggunakan sabun pencuci pinggan yang kuat, masih terdapat kawasan dalam bekas makanan yang berlekuk masih tidak ‘bebas’ dari minyak. Jadi, menariknya menerusi laman media sosial TikTok yang menjadi kegilaan ramai sekarang ini, ada juga yang berkongsikan cara untuk menghapuskan minyak ketika mencuci bekas makanan. Memang menjadi.

Viral cara betul cuci tupperware dalam video Tik Tok

Menerusi video yang dikongsikan berdurasi 1:07 minit tersebut, wanita ini menunjukkan cara masih ramai dalam kalangan kita tidak sangka akan berkesan. Mana tidaknya, dia hanya menggunakan tiga bahan sahaja iaitu:

-Air

-Sabun pencuci pinggan

-Tisu

Di dalam video ini, dia hanya menggunakan sabun, air dan ditambah sedikit tisu yang sudah dikoyak. Kemudian, digoncangkan kesemuanya bersama air dalam bekas makanan yang tertutup.

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top