Awas! Anda mungkin boleh depresi jika terlalu berusaha memenangi hati pasangan

Adat dalam bercinta memang akan ada manis dan pahitnya. Ada masa-masanya memang kita akan bergaduh dan ada sahaja benda yang tak kena di mata kita. Tapi kalau selalu sangat on, off  bergaduh dengan tunang walaupun benda kecil, adakah ia normal?


Tahukah anda, sebenarnya ia sangat memberi kesan kepada emosi dan boleh menyumbang kepada kesihatan mental.

Menurut Independent, University of Missouri, Columbia telah menjalankan kajian yang melibatkan 500 orang yang memiliki kekasih. Daripada jumlah tersebut, 60 daripada  mereka memiliki hubungan bergaduh on, off  ini.


Hubungan tidak stabil ini dikaitkan dengan beberapa faktor. Antaranya ialah kurang komitmen terhadap hubungan yang dibina dan komunikasi  buruk sesama pasangan.


Manakala perpisahan pula berlaku lantaran daripada perdebatan akibat perbezaan atau salah seolah berlaku curang. Namun apa yang rumit ialah kedua-duanya masih saling cinta terhadap diri masing-masing.

Berada dalam hubungan yang selalu membuatkan anda cemburu bukanlah sesuatu hal yang baik. Anda akan berada dalam situasi cemas dan memikirkan apakah lagi cara untuk memenangi hati kekasih anda agar dia setia. Jika situasi ini berterusan, ia boleh menyebabkan depresi.


Menurut pakar psikologi Madeleine Manson pula, hubungan putus dan sambung ini sebenarnya terjadi kerana pada asasnya kedua-dua pasangan ini tidak boleh bersama lagi.

Maka, anda digalakkan untuk membincangkan secara serius tentang punca yang menyebabkan hubungan anda menjadi retak sebelum memutuskan untuk betul-betul bersamanya lagi. Adakah perhubungan yang ada ini berbaloi untuk diteruskan?

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart