Unik! Tetamu melopong tengok pengantin bersanding dengan ular sawa putih

Setiap pasangan pengantin yang melangsungkan perkahwinan pasti inginkan kelainan dalam majlis untuk diingati sepanjang hidup. Macam-macam idea unik dan lain dari yang lain ditonjolkan. Adakalanya menjadi viral dan diikuti oleh pasangan lain.

Lain pula bagi pasangan ini, yang mempunyai keunikan tersendiri. Bukan sahaja dari persalinan persandingan malah ada sesuatu yang mengejutkan dan membuat para tetamu teruja.

Bagi pasangan Nazrin dan Amani, bersanding sambil memegang seekor ular sawa putih adalah satu perkara yang unik dan jarang dilakukan oleh pasangan diatas pelamin.

Menggayakan sepersalinan busana bertema raja melayu, mereka mengenakan baju pengantin songket kuning diraja. Bertambah uniknya, pengantin perempuan songket lengkap berseluar bersama dokoh dan tali pinggang persis pahlawan Dayang Senandung. Sungguh unik dan menonjolkan budaya melayu yang memartabatkan kaum wanita.

Bersanding dengan ular?

Biar betul? Ya, pasangan ini mengejutkan tetamu sebab mereka membawa seekor ular semasa bersanding. Ular sawa pula tu…berani betul mereka ni.

Difahamkan, ular tersebut adalah peliharaan seorang individu yang dijemput untuk membuat persembahan semasa majlis. Jadi, pasangan ini pun mengabil kesempatan untuk bergambar bersama ular tadi diatas pelamin. Barulah rare kan…

Bukan semua orang berani pegang ular sawa tau. Kira…pengantin ni memang berani tahap maksima juga la.

Oh ya…majlis mereka ni berlangsung pada 7 januari 2018 di Laman Mazmida, Klang.

Pada mulanya, kami sangkakan pasangan ini adalah penjinak ular tetapi difahamkan mereka ni memang tak takut atau geli sekalipun memegang binatang apa pun.

Diarak menaiki tandu kayu

Kami katakan majlis mereka ini memang unik dan klasik. Sebab, pasangan pengantin ini diarak menaiki tandu kayu menuju pelamin. Diarak dengan bunga manggar dah terlalu mainstream kan, jadi mereka pecah tradisi perkahwinan orang kebanyakkan dengan menaiki tandu.

Kalau dilihat dari design pelamin pun dah menyerlahkan tema perkahwinan melayu lama.

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top