Adab bertunang yang WAJIB semua pasangan tahu!

Setiap pasangan sebelum diijabkabulkan pastinya menempuhi fasa pertunangan. Ini adalah adab bertunang bagi setiap pasangan perlu ambil tahu. Bagi pasangan yang mampu, pastinya mengikat tali pertunangan terlebih dahulu. Namun, pada masa kini dengan kenaikan harga barang maka ada pasangan yang memilih untuk terus menikah dan tidak bertunang bagi mengurangkan kos majlis dan bajet yang dikeluarkan.

adab bertunang

Peringkat awal proses perkahwinan antaranya meliputi proses merisik, melamar dan bertunang. Walaupun pertunangan itu mudah, namun hakikatnya ramai yang kecundang didalam fasa ini. Ada juga pasangan yang terlalu mengikut trend sehingga majlis pertunangan kelihatan agak melampaui batas.

Masing-masing berlumba-lumba untuk menjalankan majlis yang gah demi mengikut trend bagi mendapat perhatian masyarakat sekeliling.

Bertunang juga mempunyai adab-adab yang perlu dipatuhi dan diikuti. Kami kongsikan video ini agar ianya mudah untuk dihadam kepada pasangan yang bakal bertunang.

ARTIKEL BERKAITAN:

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top