Ukur baju di badan sendiri, perlu ke berhutang untuk buat majlis kahwin yang ‘grand’?

Zaman sekarang serba serbi mahal. Nak kahwin memerlukan kos yang tinggi walaupun hanya buat majlis ala kadar. Kadang-kadang perlu ada sekurang-kurangnya RM30,000 hanya untuk majlis kecil. Itupun dah banyak jimat sana sini.

Bila dah tersepit, terpaksalah buat pinjaman bank semata-mata nak merealisasikan majlis bahagia. Disinilah, banyak pihak perlu memainkan peranan terutama ahli keluarga dalam memberi sokongan kepada bakal pengantin.

Kredit: Hanasuva

Janganlah hanya untuk memenuhi kehendak orang tua yang mahukan majlis begitu dan begini, akhirnya bakal pengantin yang merana kerana terpaksa mencari duit untuk mencapai apa yang anda inginkan. Ikut sahajalah kemampuan bakal pengantin. Bukan ikut kehendak anda ok!

Jom kami kongsikan beberapa tips kumpul duit kahwin dan yang paling penting TANPA HUTANG ok!

  • Simpan 30% dari gaji anda dan masukkan ke dalam tabung kahwin. Cara ni sakit sebab anda memang kena ikat perut gila-gila. Ikat perut disini bermaksud anda kena lupakan sementara untuk shopping, makan luar yang sedap-sedap, tengok wayang atau apa sahaja yang membazir. Tinggalkan sementara nafsu enjoy anda dan fokus penuhkan tabung kahwin.
  • Pajakkan kereta anda. Maksud pajak adalah anda sewakan kereta anda di mana- mana syarikat kereta sewa. Biasanya, syarikat akan membayar dengan ada tambahan RM200 sebulan daripada bayaran bulanan bank. Contoh anda bayar kepada bank RM400, syarikat akan bayar RM600. Maka anda ada lebihan RM200 sebulan. Duit ini, simpan!! Jangan usik. Setahun anda boleh kumpul 2400. Itu 1 kereta, kalau ada 3 kereta anda buat macam ni? 2400 X 3 unit = RM7200 setahun. Yang bestnya adalah, pendapatan ini kategori PASIF! so, walaupun anda ada bisnes yang anda sedang fokus, income daripada kereta sewa ini tetap masyuuuuk. Dapat 2 income kan?
  • Buat Part Time jual produk secara stokis, agen atau paling mudah dropship. Untuk ini, buatlah secara online atau offline. Anda hanya perlu buat sale dan marketing untuk jana pendapatan sampingan.
  • Jika anda ada simpanan KWSP. Guna simpanan itu untuk kahwin. Ini lebih baik daripada anda guna personal loan untuk kahwin.
  • Buat kerja lebih masa atau Overtime di pejabat. Yang penting buat kerja dengan betul. Janganlah kerja lebih masa untuk duit lebih tapi kerja tak buat. Ha yang itu tak bagus ye…tak berkat duit yang anda dapat nanti.

Macam mana? Dah dapat inspirasi bagaimana nak kumpul duit kahwin? Lakukan sekarang! Yang penting buat apa sahaja elakkan berhutang.

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top