Tak perlu baling pakaian atas bumbung, Ini rahsia mohon elak hujan di hari majlis kahwin

Sejak dahulu lagi, ada pelbagai cara dilakukan oleh masyarakat Melayu kita bagi mengelakkan hujan semasa berlangsungnya majlis kenduri kahwin.

Memang satu masalah besar kalau turun hujan pada hari tersebut
Lebih-lebih lagi jika majlis dilangsungkan di rumah, menggunakan Kanopi, memang menjadi masalah kepada tuan rumah, tetamu dan juga krew terlibat.

Antara amalan yang selalu dilakukan adalah menabur garam dan cili kering, membakar kemenyan dan menegakkan penyapu lidi serta membaling pakaian pengantin atas bumbung rumah.

Ini adalah amalan tradisi orang Melayu dan sebaiknya kita sebagai orang Islam, menggunakan cara Islam bagi memberkati majlis perkahwinan kita nanti.

Cara Islam adalah dengan berdoa kepada Allah yang Maha Esa.
Orang yang beriman akan sentiasa memilih untuk menyerahkan segalanya kepada Allah SWT.

Sebagai pengantin dan keluarga pengantin, kita perlulah sentiasa percaya bahawa segala kejadian yang diciptakan Allah SWT mempunyai kebaikan.

Petua-petua yang dikongsikan di atas tidak langsung memberi jaminan bahawa hujan tidak akan turun. Tiada apa yang boleh menentang perancangan Allah SWT melainkan kita memohon untuk dijauhkan daripada sesuatu bencana.

Mendirikan solat hajat pada malam sebelum majlis berlangsung dan memohon kelancaran majlis adalah salah satu amalan yang disyorkan dalam Islam.

Selain dari itu, dipetik dari Hadith Riwayat Muslim ada beberapa doa yang boleh diamalkan untuk memohon kepada Allah SWT untuk dijauhkan diri dari hujan.


Berikut adalah doa tersebut didahului dengan bacaan Al-Fatihah dan Surah Hud:
1. Al-Fatihah – 7 kali2.

Surah Hud, ayat 44 – 7 kali

” Ya Allah, palingkanlah daripada kami dan janganlah Engkau menyusahkan kami, Ya Allah, Engkau gerakkanlah hujan ini tempatkanlah ke bukit-bukau, di tanah-tanah tinggi,di dasar-dasar wadi dan di tempat-tempat penumbuhan pokok-pokok yang lebih memerlukan air”

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top