Tips untuk si isteri berjimat membeli barangan dapur sepanjang PKP

Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP kini sudah memasuki ke minggu kedua. Kerajaan juga telah mengarahkan beberapa sektor untuk mula berkerja dari rumah.

Faham-faham sahajalah, apabila banyak masa dirumah maka besar juga belanja dapur yang perlu dikeluarkan.

Di saat mencabar ini, anda perlu mengamalkan sikap berjimat-cermat terutama dalam berbelanja membeli barangan dapur demi mengelakkan pembaziran.

Di sini, kami kongsikan beberapa tip mudah untuk anda berjimat ketika membeli barangan dapur.

Jangan membeli-belah ketika lapar

Membeli barangan dapur ketika lapar boleh menyebabkan pembelian berlebihan. Apabila perut kosong, semuanya akan kelihatan sedap. Jadi, pastikan perut kenyang terlebih dahulu sebelum membeli barangan dapur agar anda lebih fokus membeli barang yang perlu sahaja.

Semak dulu senarai barang dapur

Sebelum membeli barangan dapur, buat senarai terlebih dahulu untuk melihat barangan apa yang perlu dibeli. Ini untuk elakkan anda membeli melebihi bajet yang telah ditetapkan sekali gus mengelakkan pembaziran.

Beli barang mengikut resipi yang ditetapkan

Untuk mengelakkan anda ‘terpancing’ dengan jualan murah ketika membeli-belah, disarankan untuk anda menyediakan senarai membeli-belah berdasarkan resipi yang ingin dimasak agar anda lebih fokus kepada apa yang diinginkan.

Beri barang dapur secara atas talian

Untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19, anda digalakkan untuk membeli barangan dapur secara dalam talian. Cara ini boleh menjimatkan wang kerana anda hanya akan pilih secara khusus apa yang ingin dibeli. Selain itu, ia juga menjimatkan masa dan tenaga dan paling penting, anda tidak perlu keluar rumah.

Jangan beli buahan atau sayuran yang sudah dipotong

Buahan atau sayuran yang sudah dipotong biasanya dijual dengan harga yang lebih mahal daripada yang belum dipotong. Buahan dan sayuran yang belum dipotong juga lebih segar daripada yang sudah dipotong.

Beli bekas makanan tahan sejuk

Jika terdapat lebihan makanan yang dimasak, simpan dalam bekas dan simpan di dalam peti sejuk. Makanan ini boleh dipanaskan semula pada esoknya. Dengan cara ini, dapat menjimatkan pembelian barangan dapur dan anda juga tidak perlu memasak selalu. Mudah, kan?

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart