Resepi mudah PKP 2.0, buat ayam ala Kenny Rogers paling mudah di rumah

Siapa je yang tidak kenal dengan restoran makanan popular Kenny Rogers Roasters kan? Bila sebut je pasal kedai ini mesti teringat ayam dia yang lazat dan menyihatkan

Sebenarnya tak susah mana pun nak buat ayam seperti itu. Rupa-rupanya cara dia mudah je. Jom ikuti resepi yang telah dikongsikan oleh Bella ini di laman Twitternya.

Dah bersedia? Mari kita mulakan!

Antara bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat ayam ala ‘Kenny Rogers’ ini ialah seperti berikut:

Bahan kisar (untuk 1kg ayam):

  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 kiub ayam knorr / maggi
  • 2 sudu serbuk lada hitam
  • 1 senduk kecil sos black pepper
  • 1 sudu makan Sunquick
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu makan gula
  • Air 100ml

Bahan perap:

  • 2 sudu madu (optional)
  • 3 sudu minyak zaitun
  • 1 sudu besar mixed herbs
  • 1 sudu besar parsley

Berikut di bawah adalah cara penyediaan untuk membuat ayam ala ‘Kenny Rogers’ ini:

1. Campurkan kesemua bahan kisar dan bahan perap.

2. Gaul rata dan lumur atas ayam. Kemudian perap ayam selama 2 jam.

3. Setelah siap perap, masukkan ayam ke dalam oven dengan suhu sekitar 180-200 Celsius. Bakar dalam masa 1 jam atau 1 jam setengah pertama. Siram ayam dengan kuah perapan dan tuang sedikit minyak supaya ayam tidak kering.

Nota: Suhu oven bergantung kepada saiz oven. Jika saiz oven lebih besar, gunakan pada suhu yang lebih tinggi.

4. Kemudian angkat ayam daripada oven dan siap!

Jom makan sepuas-puasnya dengan family sambil layan Netflix! Yummy 🙂

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top