Tips buat bakal pengantin elak terperangkap bebanan hutang kahwin

Perkahwinan satu perkara indah yang seharusnya dirancang dengan baik oleh semua pasangan.Ini kerana ia adalah satu sejarah terindah yang hanya akan berlaku sekali seumur hidup.


Dan bagi setiap pasangan yang memutuskan untuk berkahwin perlu memikirkan pelbagai aspek supaya tidak mengganggu pelbagai pihak.


Ia termasuklah dari aspek kedudukan kewangan dan persediaan untuk hidup selepas berkahwin.

Sangat tidak wajar jika semata-mata hanya untuk mengikut trend terkini kononnya hendak dapat gelaran “wedding of the year” sehingga terpaksa berhutang keliling pinggang.


Prihatin akan masalah yang sering dihadapi pasangan yang hendak berkahwin, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mengambil inisiatif melalui kempen program “I Do You Do Duit Together”.


Kelemahan pengurusan kewangan sering kali menjadi punca pasangan yang baru mendirikan rumahtangga menghadapi masalah kewangan sehingga ada yang menyebabkan mereka hidup di bawah paras kemiskinan.

Melalui kempen program dan modul praperkahwinan ‘I Do You Do Duit Together’, diharap bakal pengantin boleh mendapatkan panduan dan nasihat mengenai pengurusan kewangan dalam perkahwinan mereka terutama selepas perkahwinan.


Laman sesawang yang dibangunkan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) itu boleh dijadikan platform bagi pasangan pengantin mendapatkan ilmu mengenai pengurusan kewangan.


Modul ini diadakan secara dalam talian dan mereka hanya perlu menjawab soalan-soalan yang disediakan pada bila-bila masa dan lebih menarik ia diprogram secara interaktif. Melalui jawapan yang diberikan, ia boleh dijadikan panduan dalam menguruskan kewangan selepas berkahwin.


Jadi, pasangan pengantin yang berdepan kekangan waktu dan lokasi, tidak perlu hadir atau membuat temu janji dengan pegawai bagi mendapatkan nasihat kewangan. Ini juga disebabkan kita faham, soal hutang sangat sensiti.


Modul praperkahwinan secara dalam talian itu juga bertujuan mendidik bakal pengantin memahami kedudukan kewangan mereka selepas perkahwinan dan paling utama, tidak mahu mereka melakukan pembaziran untuk majlis keraian dan terpaksa menanggung hutang yang berpanjangan.


Walaupun kadar penceraian disebabkan kewangan berada di kedudukan lima faktor teratas, laporan itu (kewangan) tidak perlu memandangkan kita sedang berusaha menyediakan segala platform yang bersesuaian bagi bakal pengantin diberi pendedahan mengenai pengurusan wang terutama selepas perkahwinan.


Diharap semua platform sedia ada termasuk modul praperkahwinan “I Do You Do Duit Together” dan SMARTBELANJA@ LPPKN mampu membantu bakal pengantin terutama mereka yang masih muda tidak terjebak dalam hutang yang membebankan.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart