Posted on: August 5, 2020 Posted by: Fadhilah Comments: 0

Jika anda pergi “window shopping” pada waktu pertengahan bulan, anda mungkin menyimpan hasrat untuk membeli sesuatu barang setelah mendapat gaji nanti.Namun semakin lama anda berjalan, semakin banyak barang yang anda inginkan.


Lama kelamaan, wang gaji anda habis pada bulan itu sahaja sehingga tiada simpanan.


Ada juga netizen sampai pada satu tahap tiada wang untuk pergi ke klinik apabila mereka sakit.


Jadi, anda perlu mengawal dengan baik daripada peringkat awal dan apa yang perlu anda lakukan:

1. Kenal pasti sebab yang buatkan kita membeli barang itu


Menurut Pakar Psikologi di Amerika Syarikat, Kit Yarrow, perbelanjaan berlebihan berpunca daripada masalah emosi yang menekan diri.


Kebanyakan masalah ini berpunca daripada seseorang itu berdukacita tentang sesuatu perkara, atau sedang berdepan dengan masalah anxiety (perasaan bimbang yang berlebihan), anger (marah), depression (kemurungan), atau masalah emosi yang lain.


Dan antara jenis emosi yang berpunca daripada tindakan membeli (tanpa berfikir) ini :TakutMaluRagu-ragu

2. Sentiasa bayar gunakan tunai
Dalam kajian Yarrow, ramai yang berbelanja lebih daripada sepatutnya kerana mereka ada akses kad kredit (dan juga kad debit).


Cara terbaik yang boleh kita buat adalah asingkan beberapa jumlah daripada duit gaji bulanan, dan sediakan bajet khas untuk membeli-belah.


Jika bajet itu habis, jangan ambil wang simpanan untuk membeli barang yang anda inginkan pula.

3. Rekod balik perbelanjaan anda


Rekod semua perbelanjaan yang anda keluarkan, ia penting supaya bajet anda tidak lebih daripada yang sepatutnya.


“Perkara yang nak ditulis itu tak penting, selagi kita tak bertindak menulis.” – Kit Yarrow

Ini boleh buatkan kita lebih sedar tentang sikap berbelanja diri kita sendiri. Ia juga akan mengekalkan momentum untuk memulihkan masalah ini daripada menjadi lebih teruk.

4. Beri masa untuk anda berfikir beli sesuatu barangan


Beri masa 20 minit untuk diri anda berfikir sejenak tentang barang yang hendak dibeli itu, jika penting, anda beli, dan jika tidak, abaikan sahaja.

5. Isikan hari anda dengan aktiviti sosial


Daripada duit anda akan habis, alihkan perhatian dengan membuat pelbagai aktiviti berfaedah seperti berjoging dan aktiviti sosial lain.


Jika anda berjaya lakukan perkara ini, bermakna anda sebenarnya mampu mengawal nafsu perbelanjaan anda dengan baik.

Leave a Comment