Tip elak mekap cair ketika pakai face mask

Seperti yang kita sedia maklum bermula pada 1 Ogos lalu, kerajaan telah mewajibkan pemakaian pelitup muka bagi memerangi penularan virus Covid-19.


Pun begitu, susulan arahan terbabit segelintir wanita menzahirkan keresahan kerana beranggapan tidak lagi berpeluang bersolek mampan selepas ini.


Ini disebabkan mereka bimbang pemerah pipi, gincu, krim asas dan krim kontur yang dirias pada wajah melekat pada topeng muka.Persoalannya, siapa kata apabila memakai mask  wanita tidak boleh bersolek? Tepis persepsi sedemikian kerana kita masih boleh tampak cantik dan menawan dengan mempraktikkan tip ideal.

Menurut Perunding Imej dan Penata Gaya Hijab, Azlia Idha, terdapat pelbagai cara terbaik untuk mengatasi masalah solekan melekat pada mask.

“Satu kaedah yang paling mudah dan efektif adalah dengan menggunakan setting spray atau fixing spray.

“Caranya, selepas selesai merias sembur setting spray jenama pilihan pada keseluruhan wajah. Biar ia kering seketika, sebelum memakai topeng muka.

“Jangan bimbang kerana setting spray berkenaan tidak akan menyebabkan mekap cair (luntur),” katanya dalam laman sosial peribadi Facebook hari ini.

Secara ringkasnya, setting spray berfungsi membantu mengekalkan solekan wajah tahan lama terutamanya kulit yang cepat berpeluh atau berminyak.Dari segi kandungan, kebanyakan setting spray diperbuat daripada bahan-bahan yang bersesuaian dengan kulit wajah. Bagaimanapun, jangan tersalah membeli ya kerana setting spray dan finishing spray adalah item berbeza.

Biarpun fokus utama adalah untuk mengunci mekap agar tahan lama, tetapi fungsi setting spray lebih kepada memastikan solekan ‘tidak bergerak’ dari tempat posisi.

Sementara itu, finishing spray pula bertindak memberikan kesegaran pada solekan khususnya bagi memiliki kulit sensitif.

Bagaimanapun, golongan wanita sentiasa dinasihatkan supaya tidak bersolek terlalu tebal terutamanya penggunaan krim asas. Inisiatif itu bagi mengelakkan berlakunya pori-pori tersumbat, sekali gus menyebabkan jerawat dan iritasi.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart