Santai! majlis kenduri kahwin dalam kebun, pengantin dirai ala nature

Persiapan perkahwinan bukanlah suatu perkara yang mudah.Banyak perkara yang perlu diambil berat dan dilakukan sebelum majlis perkahwinan.Antara perkara yang harus diteliti dan dipersiap adalah tempat kenduri yang akan di adakan.

Lain pula dengan Suzilawati Amran, yang telah memilih kebunnya sendiri untuk tetamu meraikan hari bersejarah anaknya itu.

Katanya, walaupun majlis dalam kebun dan pelamin hanya yang jenis open.. Semua tetamu mahu bergambar.

“Sedara-mara duduk santai bawah pokok. Tetamu datang pun tak nak balik sebab udara segar dan pemandangan yang indah.


“Tambah lagi makanan pun banyak. Lagilah pada masa itu musim durian,” ujarnya.

Katanya, dia membuat keputusan untuk buat majlis dalam kebun itu memandangkan anaknya memilih konsep nature tidak mahu membuat kenduri di dewan.

“Saya hanya bimbangkan hujan tapi doa dan yakin, hujan panas milik Allah, saya teruskanlah.

“Manfaatkan kebun anda. Jimat kos,” katanya.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart