Tak sedap! Tapi air kunyit bantu setiap wanita bakar lemak dalam badan

Kunyit merupakan bahan yang memberi banyak khasiat pada tubuh badan antaranya kekalkan awet muda, baik untuk tubuh badan dalaman wanita selepas bersalin dan dapat mengawal berat badan.Untuk kaum wanita ia lebih kepada perihal tentang penjagaan dalaman dan luaran.


Tahukah anda, air kunyit sangat baik untuk dalaman dan luaran tubuh badan seseorang wanita?


Perkongsian daripada seorang doktor berkata, untuk buat air kunyit tidak renyah.


Hanya dengan kisar kunyit menjadi serbuk dan jadikan sebagai minuman herba.

Sebab itu orang dulu dulu terutamanya wanita, tubuh badan mereka sangatlah sihat dan kuat, rupanya inilah rahsianya.


Ini adalah antara manfaat yang diperoleh kalau mengamalkan minum air kunyit.


Kunyit mengandungi Curcumin yang berfungsi sebagai penghalang kerosakan DNA dan ia penghalang racun arsenic yang ada pada beras, epal dan jus anggur.


Kunyit adalah anti-cancer. Curcumin di dalam kunyit, programkan sel-sel yang mati atau dipanggil apoptosis.
Kunyit adalah penghalang kepada kerosakan sel dan berfungsi sebagai anti-tumor. Kalau korang nak elak sel tumor atau cyst jadikan kunyit sebagai minuman harian.


Minuman kunyit juga sangat bagus untuk penjagaan sel otak. Dikenali sebangai agen ‘neuroprotective’ umpama sebagai security guard.


Minuman air kunyit turut membantu dalam proses pembakaran lemak. Dikenali sebagai fat burner! Kunyit memiliki ‘thermogenic’.

Last but not least, pengamalan minuman air kunyit memberikan wajah yang glowing. Hilang kulit yang berjeragat tu dan licin terus!

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart