Gadis penghancur rumah tangga Mia dan Khuzairi, Siapa Nurul Ain sebenarnya?

Pasti ramai yang sakit hati apabila sudah tahu perangai sebenar Nurul Ain. Satu watak yang nampak lemah lembut dan ayu tetapi disebaliknya ada sifat dendam dan cemburu kepada Mia Adriana.

Begitulah juga dengan Wafariena Roslan, 25, yang teringin membawakan watak begitu.


Sebagai pendatang baharu, gadis berdagu lekuk ini akur peluang sedemikian tidak mudah diperoleh.


Bekas peserta pencarian Dewi Remaja 2019 ini bersetuju menerima watak antagonis sebagai Nurul Ain menerusi drama 7 Hari Mencintaiku 2 yang kini ditayangkan di TV3.

Siapa sangka drama ini mencetus fenomena dan impak tersendiri kepada Wafariena atau Wafa kerana peminat amat membenci wataknya sekali gus melonjakkan namanya.

Terima kecaman yang teruk


“Alhamdulillah, rezeki saya kerana berjaya diterima peminat dengan watak ini. Mereka membenci tapi dalam masa sama membuktikan yang lakonan saya menjadi dan saya berjaya bawa watak ini dengan baik.


“Dari situ juga saya berdepan kecaman yang teruk daripada penonton dan macam-macam yang berlaku. Saya dah agak watak ini pasti mengundang perhatian.

Menerusi drama yang mengisi slot Akasia ini, Nurul Ain adalah perosak rumah tangga Mia, lakonan Siti Saleha dan Khuzairi (Shukri Yahaya).


Lakonan yang ditampilkan Wafa menjadi dan bersahaja membuatkan ramai yang panas hati dengan Nurul Ain.

“Apa yang berlaku sebenarnya tak beri kesan sangat terhadap kehidupan seharian saya. Sebelum buat drama ini pun, ada yang kenal saya kerana saya dah pernah tampil dalam beberapa drama lain.

Wafariena yang berasal dari Pulau Pinang melangkah masuk dalam industri lakonan sejak setahun lalu.


Dia pernah membintangi telefilem Kisah Seram Hostel untuk Astro, Main Kahwin-Kahwin (Astro), Rinding (TV3) dan filem Buntat.

Bermula kerjaya sebagai penyanyi

Ramai juga yang tidak tahu, Wafariena sebenarnya bermula sebagai penyanyi sebelum melebarkan langkah dalam lakonan.


Dia yang bernaung di bawah syarikat MAP Music, muncul dengan single sulung berjudul Carilah Aku ciptaan Johari Teh dan lirik Aryan.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart