Posted on: January 13, 2021 Posted by: Fadhilah Comments: 0

Menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 42 pada hari ini, penyanyi pujaan ramai iaitu Dato Sri Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa Tok Ti mengucapkan syukur dan merakamkan penghargaan buat semua yang memberikan ucapan buat dirinya.

Berharap agar dipermudahkan dalam segala cabaran yang mendatang, Tok Ti juga berdoa moga bencana banjir segera beransur pulih dan wabak covid-19 segera lenyap daripada muka bumi ini.

11 Januari 2021.

Alhamdulillah & Terima kasih.

Saya berterima kasih kepada stesen-stesen radio yang memutarkan lagu-lagu saya dengan slot khas bermula pagi ini.

Jika tidak keberatan, saya mohon agar dapat diputarkan lagu Basyirah dari album #ManifestaSITI2020. Lagu yang saya lancarkan sekitar 6 bulan lalu, di mana kita bertungkus lumus menentang Covid19 serta penghargaan saya kepada frontliners serta semua yang sedang berjuang tidak kira sesiapa sahaja.

Semoga Basyirah atau khabar gembira akan mengiringi kita semua dan kita akan menang.

Terima kasih kepada semua yang terlibat memberi bantuan, bekerja membantu mangsa banjir di semua negeri yang terlibat.
Kita terus berdoa agar negara kita akan dilindungi Allah dan dijauhkan musibah yang lebih teruk lagi.

Ini doa hari lahir saya. Semoga kita semua dipermudahkan dalam setiap cabaran yang Allah uji. Terus kuat!

#HappyBirthdaySitiNurhaliza
#siti42

Amin! Moga doa Tok Ti ini diperkenankan olehNya. Selamat Hari Jadi Tok Ti! Kami doakan agar urusan Tok Ti untuk bersalin cahaya mata kedua nanti dipermudahkan dan semoga terus bahagia bersama keluarga tercinta. InsyaAllah…

Leave a Comment