Hilangkan Lemak Peha Dalam 6 Minit, Tak Percaya Ini Caranya

“Bencinya tengok lemak peha makin banyak dan melebar!”

Rasanya kebanyakan wanita mempunyai perasaan yang sama tatkala melihat saiz peha makin besar dari hari ke hari, dan ini membuatkan kita semua berasa tidak senang duduk melihat struktur kaki mula membesar.

Jadi untuk menangani masalah saiz peha yang mula melebar dengan jayanya ini, apa yang perlu kamu lakukan adalah mengikuti senaman peha dan amalkan rutin ini bagi menghapuskan lemak di peha!

Ini antara senaman yang perlu kamu lakukan, bagi menghapuskan lemak degil di peha.

Langkah1: Gegarkan Peha

Kamu perlu baring, kangkangkan kaki dan buka kaki seperti dalam gambar di atas dan kamu perlu gegarkan peha selama 30 saat.

Langkah 2: Gerakkan Peha Atas Bawah

Baring secara mengiring pada sebelah kanan, kemudian kaki sebelah kiri letakkan dihadapan kaki sebelah kanan (lihat gambar). Kemudian lakukan pergerakan atas bawah pada kaki kanan yang mengiring tadi.Lakukan pergerakan ini selama 30 saat pada kedua-dua belah kaki, dan kamu akan rasakan otot mula mengetat pada bahagian peha.

Langkah 3: Gerakan Peha Dalam Pusingan

Masih dalam posisi yang sama seperti langkah dua diatas, gerakkan kaki dalam pusing mengikut arah jam. Lakukan pergerakan ini selama 30 saat pada kedua-dua belah kaki.

Langkah 4: Buka Kaki Secara Luas

Berada dalam posisi baring dan buka kaki secara luas atau kangkangkan kaki secara luas (lihat gambar), tahan selamat 30 saat.

Langkah 5: Buka Dan Tutup Berperingkat Kaki

Masih dalam posisi yang sama seperti langkah empat, tapi kali ini kamu perlu menutup kaki secara berperingkat (lihat gambar), dan lakukan pergerakan ini selama 30 saat.

Langkah 6: Buka Dan Tutup Sebelah Kaki

Masih dalam posisi seperti langkah lima, cuma kali ini kamu hanya guna sebelah kaki sahaja (lihat gambar), dan lakukan pergerakan buka dan tutup selama 30 saat.Kamu perlu lakukan pergerakan ini pada kedua-dua belah kaki, dalam tempoh yang sama 30 saat dan hasilnya kamu dapat rasakan otot peha mengetat.

Langkah 7: Buka Dan Tutup Kaki Secara Pantas

Dalam posisi seperti langkah lima, cuma kali ini kamu perlu buka dan tutup kaki secara pantas dan bukan berperingkat. Lakukan pergerakan ini selama 30 saat.

Langkah 8: Gerakan Gunting

Baring badan dalam posisi seperti langkah tujuh, kemudian lakukan gerakan menyilang kaki seperti gunting (lihat gambar). Lakukan pergerakan menyilang kaki kiri dan kanan secara bergilir selama 30 saat.

Langkah 9: Renggangkan Badan Selepas Senaman

Selesai kelapan-lapan langkah senaman diatas, akhir sekali adalah senaman renggangkan badan agar tubuh badan kamu tidak berasa terlalu tegang, kaku atau sakit selepas senaman.

Lakukan renggangan (lihat gambar), duduk bersila dengan kedua-dua tapak kaki bersentuhan dan letakkan tangan atas lutut dan tahan.

Kemudian pusing tubuh kiri dalam masa 5-10 saat, dan lakukan pergerakan yang sama pada sebelah kanan dalam masa 5-10 saat juga.

Selepas itu, masih dalam posisi duduk bersila bawa tubuh kehadapan hingga menyentuh lantai (lihat gambar) dan tahan dalam 5-10 saat.

Senaman selesai, lakukan senaman ini jika kamu ingin hapuskan lemak di peha setiap hari atau lakukan secara berjadual.

Selamat beramal♥

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top