Rajin-rajinkan diri makan 5 jenis buah ini untuk naikkan seri pengantin

Macam-macam petua dan tips yang ada untuk naikkan seri wajah pengantin. Tak saah nak mencuba semua, tetapi pastikan ianya tidak memudaratkan diri.

Jadi, kami mahu membantu anda semua dalam menaikkan seri wajah dan mengekalkan kesihatan dengan buah-buahan!

Lemon

Seperti ramai yang kita tahu buah lemon ini sebenarnya kaya dengan vitamin C dan antioxidan yang membantu untuk membuang toksin yang berlebihan dalam badan. Bukan itu sahaja, buah lemon juga melindungi diri daripada photodamage dan hyperpigmentation. Bukan itu sahaja, buah ini juga membantu memberi ketegangan pada kulit.

Buah Betik

Buah betik sebenarnya kaya dengan vitamin A, B, C, folate dan pantothenic acid dan macam-macam lagi. Bukan itu sahaja, minerals dan magnesium, copper dan potassium enzymes yang membantu mengelakkan kulit daripada kulit daripada mengalami keradangan dan mengurangkan risiko daripada terjangkit kulat dan bakteria.

Avocado

Di samping itu buah avocado yang begitu kaya dengan lemak yang sihat, fibre yang tinggi, pelbagai vitamin dan acid seperti folate. Ini akan memberikan kelebihan dalam membantu memberikan kesihatan diri serta melindungi kulit daripada keradangan.

Oren

Sebiji buah oren mengandungi kandungan vitmain C yang tinggi berserta dengan 100 grams buah  itu mempounyai kira-kira 54 miligrams kandungan vitamin C. Ianya boleh membantu memberikan antioxidants, melindungi DNA daripada rosak dan terdapat kolagen yang bagus  untuk kecantikan kulit!

Mangga

Buah mangga tidak disangka penuh dengan vitamin A, E, C, dan K di mana ianya membantu melindungi kulit dan badan daripada kerosakkan DNA. Tambahan pula, buah ini sangat membantu menyembuhkan luka pada kulit dengan cepat.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart