Perkahwinan konsep hi-tea, pengantin dedah bajet tak sampai RM3000

Ramai orang zaman sekarang mempunyai macam-macam idea untuk pastikan majlis perkahwinan mereka nampak gah, lain dari lain dan mencapai impian seperti yang diidamkan.

Tidak kurang juga, ada yang mempunyai idea luar kotak agar majlis tidak menelan belanja yang besar dan memstikan bajet yang digunakan paling minimum.

Melalui twitter, wanita ini berkongsi tentang pengalamannya membuat majlis yang tidak sampai RM3000 pun untuk majlis perkahwinannya yang berkonsep hi- tea.

Majlis perkahwinannya yang dihadiri dengan 200 orang tetamu terdiri dari ahli keluarga dan teman rapat sahaja.

Wanita yang dikenali sebagai Nad berkata, beliau terlebih dahulu berbincang dengan keluarga kedua belah pihak untuk memastikan ideannya itu dipersetujui ibu bapa.

Mungkin idea ini boleh juga dijadikan inspirasi kepada anda dalam menjimatkan bajet majlis perkahwinan. Bolehlah dicuba!

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top