Nak jadi suami ‘Perfect 10’, Ini 10 perkara lelaki patut buat

Walaupun dah berumah tangga, bukan bermakna anda sudah memiliki sepenuhnya hati dan jiwa pasangan. Sesekali perlu juga lakukan perkara sweet untuk menghangatkan kembali rasa cinta antara pasangan.

Ini perkara yang nampak biasa tetapi mampu memberi kegembiraan dan kebahagiaan dalam rumah tangga. Yelah, dah kahwin bertahun-tahun dah masak perangai suami isteri. Bak kata orang, dah jemu tengok muka pasangan hari-hari.

Itulah pentingnya suami lakukan perkara-perkara sweet untuk melayan manja si isteri. Lumrahnya, setiap wanita perlukan perhatian dari pasangannya sendiri. Maklumlah 24 jam sehari menguruskan keluarga, sesekali mereka juga inginkan belaian sama macam waktu bercinta dahulu.

Nak tahu apa perkara sweet yang suami patut buat untuk tambat hati si isteri?

Jom kami kongsikan.

1.     Sentiasa berdoa agar disayangi.

2.     Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.

3.     Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.

4.     Jadikan seorang pendengar yang baik kepada isteri .Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.

5.     Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri.

6.     Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk ketika isteri sedang marah.

7.     Tolong masak atau ajak makan di luar sekali sekala.

8.     Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan sebagainya).

9.     Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati.

10.   Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.

Jika hampir rasa tawar hati dengan isteri cepat-cepat perbetulkan niat dan cuba semai kembali rasa cinta dan layan isteri seperti mana kamu melayannya sewaktu bercinta. Kadang-kadang dengan cara yang bersahaja dan sempoi itu hubungan akan jadi lebih seronok. Selamat beramal!

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart