Pening nak pilih baju pengantin? Ini Do’s & Dont’s yang anda patut tahu!

Stress kerana masih belum jumpa baju perkahwinan yang diidam-idamkan?

Jangan risau, biar Wedpedia senaraikan apa yang penting dan tidak untuk anda tampil berseri pada hari bahagia nanti.

1. Jangan tempah, sewa atau beli last minute!

Kalau boleh, buat temu janji dengan pereka sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum tarikh perkahwinan (lagi awal, lagi bagus). Sebelum itu, survey dahulu hasil kerja pereka agar sesuai dengan gaya, kehendak dan bajet anda. Pastikan sesi fitting dilakukan seminggu sebelum majlis agar pereka boleh betulkan mana yang longgar atau ketat nanti.

2. Serlahkan siluet badan

Perincian memang penting dalam memilih baju pengantin. Namun apa yang lebih penting adalah siluet sesuai untuk menyerlahkan bentuk tubuh. Usah terlalu mengikut trend ya, lebih baik fokus pada stail peribadi. TipsBusana pengantin yang sempurna adalah yang tak lapuk dek zaman.

3. Bawa kamera (atau telefon pintar) semasa sesi fitting

Walaupun dalam butik pengantin ada cermin, anda tak boleh bergantung 100 peratus padanya. Sebaliknya, minta BFF / bakal suami ambil gambar anda (dengan posisi berlainan) dan lihat hasilnya dalam kamera. Lebih senanglah anda nak buat keputusan nanti.

4. Jangan cuba terlalu banyak baju

Tak salah jika ada banyak pilihan. Tetapi bila cuba terlalu banyak baju, anda boleh hilang fokus lebih-lebih lagi jika semuanya cantik. Sebaliknya, pilih yang betul-betul sesuai dengan cita rasa dan warna tema. Paling maksimum tiga rekaan saja.

5. Tak perlu bawa ‘sekampung’ semasa berjumpa pereka baju

The more the merrier…not! Yang perlu dibawa semasa berjumpa pereka adalah teman baik merangkap pengapit, dan ibu (jika dialah sumber kewangan kamu dan sebagai rujukan). Yang lain, tunggu saja di hari perkahwinan nanti.

6. Pastikan pakai bra atau korset sesuai

Pilih yang muat sempurna pada badan kerana penggunaan baju dalam yang sesuai boleh menyerlahkan bentuk tubuhmu. Elak memilih material yang boleh menampakkan bentuk bra bila mengenakan baju. Keluar duit lebih sikit tak mengapa, asalkan anda tak pakai bra dari zaman kolej dulu hehe…

7. Padanan barang kemas

Ia antara faktor yang menjadikan baju anda lebih menonjol. Anda boleh pilih sama ada mahu pakai mutiara, emas atau batu permata (pilih satu jenis saja) dan pastikan jangan terlalu serabut. Buat pilihan sama ada anting-anting, rantai atau gelang. Jika anda memilih untuk pakai mahkota, pastikan anting-anting dan rantai jenis halus dan tak terlalu menonjol.

8. Pilihan warna

Pastikan warna baju sesuai dengan mekap dan tona kulit. Jika tak pasti, pilih saja rona putih. Klasik dan evergreen!

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart