Patutlah Berat!, Suami terkejut tengok isi dalam beg tangan isteri

Beg tangan merupakan aksesori terpenting setiap wanita untuk nampak lebih bergaya dan elegan

Ianya hadir dalam pelbagai bentuk sama ada bertali pendek atau panjang. Boleh dikatakan kalau tiada beg tangan ini seperti tidak lengkap untuk mereka.

Hanya mereka yang memiliki beg tangan saja tahu apa yang diisi di dalamnya. Ada sesetengah orang menjadikan beg tangan seperti ‘poket doraemon’ dan mengisinya dengan pelbagai benda.

Beg tangan berat semacam, suami cuba geledah lihat apa yang ada di dalam

Lain pula dengan video yang viral baru-baru ini apabila seorang pengguna TikTok berkongsi reaksi suaminya yang ingin melihat apa yang ada di dalam beg tangan tersebut.

Atas permintaan suami, wanita berkenaan telah memunggah beg tangannya yang berat dan mengeluarkan segala benda yang ada di dalamnya.

Bukan saja ada barang penting, tetapi setiap resit pembelian juga disimpan

Tidak hanya pelbagai barang yang dijumpai di dalam beg tersebut, malah wanita itu sendiri terkejut melihat kandungan di dalamnya setelah dikeluarkan.

Bukan sekadar barang peribadi, tetapi beg tangan wanita itu juga turut dipenuhi dengan resit-resit dan kertas pembelian yang disimpannya satu persatu.

@melroses_

Igtkan bahu berat sebab galas duit, rupanya ……..

♬ original sound – bb.liyaa – Boleh ke video Agama Fyp?

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen juga mendapati rata-rata netizen turut memberikan reaksi mengenai video berkenaan dan ada sesetengah daripada mereka memiliki perangai yang sama.

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top