Ini 5 sebab kenapa perempuan sukakan lelaki ‘Poket Tebal’

Wanita lebih cenderung untuk memilih lelaki yang mempunyai kewangan yang stabil atau digelar lelaki yang berpoket tebal.


Tetapi tahukah anda, tak semua wanita yang memilih lelaki yang berpoket tebal untuk dijadikan pasangan itu mata duitan. Ada beberapa faktor yang menyebabkan para wanita memilih lelaki berpoket tebal berbanding hal-hal lain.


1) STABIL DALAM EKONOMI DAN KERJAYA


Lelaki yang mempunyai kerjaya dan pekerjaan tetap lebih stabil dari segi ekonomi berbanding dengan lelaki yang hanya mementingkan rupa. Ini kerana lelaki yang mementingkan kerjaya dan berjaya menstabilkan ekonominya mempunyai masa yang cukup lama untuk sampai ke tahap ini.

Wanita yang memilih lelaki berpoket tebal ini kerana selepas berkahwin, mereka tahu bahawa mereka boleh bergantung kepada suami mereka di samping dapat menyediakan kemudahan dan memberikan kesenangan kepada anak-anak dan keluarganya.

2) BERPANDANGAN JAUH DAN MATANG


Lelaki sebegini dapat berfikir di luar kotak dan berpandangan jauh. Ini kerana disebabkan kesusahan dan rintangan yang dihadapi oleh mereka untuk sampai ke tahap ini telah mematangkan mereka.
Pengalaman yang dimiliki oleh mereka telah mempersiapkan diri untuk menempuh alam perkahwinan dan dapat menguruskan diri dan rumah tangga bersama isteri.

Kematangan lelaki dan mampu berfikiran jauh ke depan dapat membantu para wanita dalam kehidupan. Mereka akan lebih bijak dan dapat membuat sesuatu perkara atau keputusan tanpa mengikut emosi.

3) MENJAGA PENAMPILAN

Lelaki berpoket tebal cenderung untuk menjaga penampilan mereka bagi memberikan gambaran perwatakan yang kemas dan teratur. Menjaga penampilan sangat penting kerana masyarakat akan menilai diri kita berdasarkan penampilan yang ditunjukkan oleh kita.


Menjaga penampilan tidak susah walaupun anda tidak mempunyai kewangan cukup kerana anda boleh memilih untuk menggayakan pakaian anda dengan kemas dan tidak menampakkan keserabutan pada diri anda.

Penampilan amat penting bagi wanita kerana jika melihat lelaki yang kemas dan menjaga penampilannya, para wanita dapat mengagak akan kekemasan dan keteraturan mereka semasa di rumah. Kebersihan merupakan faktor utama dalam checklist para wanita.


4) RAJIN

Lelaki yang mempunyai pekerjaan dan pendapatan yang lebih daripada mencukupi sememangnya rajin. Mereka rajin kerana berfikiran jauh berkaitan dengan keluarga. Jika sesuatu berlaku ke atas dirinya, sekurang-kurangnya dia tidak membebankan ahli keluarganya terutamanya isteri dan anak-anak.


Di samping mempunyai kerajinan dalam mencari dan mengukuhkan kewangan, aura dan karisma mereka turut terserlah. Walaupun terdapat sebilangan besar wanita yang berdikari dan mempunyai kewangan kukuh, mereka tetap memilih lelaki yang berpoket tebal untuk membantu mereka dalam menguruskan keluarga dan tidak berhutang dalam kehidupan.

5) KEBAHAGIAN


Mendapat lelaki atau suami yang berpoket tebal dapat memberikan kebahagian kepada kita. Ini kerana mereka mampu memberikan wang perbelanjaan dan nafkah yang cukup kepada para wanita tanpa mengabaikan tanggungjawab mereka.


‘Wang bukan segalanya’ itu betul tetapi tanpa wang kita tidak akan dapat mencapai hubungan dan keluarga yang bahagia jika perlu berhutang atau ikat perut untuk memikirkan penggunaan wang yang terhad untuk berbelanja.

Jadi, sekiranya anda memikirkan para wanita yang memilih lelaki kaya atau berpoket tebal sebagai pasangan hidup itu adalah mata duitan, sebenarnya anda salah kerana tak semua wanita merupakan mata duitan. Memilih lelaki yang berpoket tebal dapat menjamin masa depan diri mereka dan keluarga tanpa perlu berhutang bagi mendapatkan kehidupan yang selesa dan bahagia.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart