Nak nampak macho atas pelamin, kenalah ikut rahsia untuk penganti lelaki

Cuba jenguk di sekeliling dan lihat pada lelaki yang paling dekat dengan anda, pasti ada antaranya mereka yang memiliki kulit halus dan bersih mengalahkan perempuan kan?

Ternyata, memang ramai sebenarnya wanita yang mencemburui mana-mana lelaki yang memiliki kondisi kulit sempurna. Namun, pernah tak anda terfikir mengapa lebih ramai lelaki yang mempunyai kulit bebas masalah berbanding wanita?

Tak Pakai Produk Pun Cantik

Hakikatnya, lelaki rata-ratanya mengamalkan gaya hidup yang ringkas dan bersahaja. Berbalik pada cara penjagaan wajah, ramai diantaranya cuma mencuci dengan air sewaktu mandi tanpa menggunakan sebarang sabun pencuci. Sehingga kini, kami cukup runsing kala mengenangkan kekebalan apakah yang lelaki miliki hingga kulit mereka terlalu mudah untuk dijaga sebegitu. Sampailah suatu ketika, akhirnya kami menemui penjelasan saintifik ini….

Hormon Lelaki Pengaruhi Keadaan Kulit

Kulit manusia secara asasnya dipengaruhi oleh hormon.

Hormon testeron mempengaruhi kulit lelaki manakala estrogen mempengaruhi kulit wanita…

Lebih Banyak Kolagen Berbanding Wanita

Kulit lelaki mempunyai elastin dan kolagen yang lebih banyak berbanding wanita.

Kulit lelaki 20% lebih tebal dan anjal serta tahan kepada kerosakan matahari. Sebab tu penampilan seorang lelaki lambat tua berbanding wanita.

Manakala, wanita lebih menunjukkan garis-garis halus berbanding dengan lelaki seusia.

Walau bagaiamanapun, semakin berusia kulit lelaki menjadi semakin nipis manakala ketebalan kulit wanita tidak berubah.

Apa-apa pun, jangan cepat sangat panik okay? Walaupun sudah terbukti yang kulit wanita lebih mudah terjejas kerana keadaan fizikal semula jadinya, asalkan anda rajin menjaga dan membelainya dengan seleksi penjagaan intensif, ia pasti akan sihat dan kekal cantik.

Kalau boleh, elak guna mekap secara keterlalulan dan bersihkan sisa solekan dengan teratur. Selamat mencuba! 


Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart