Ketahui Adab jadi tetamu majlis perkahwinan agar tidak mengecilkan hati tuan rumah

Ketahui Adab jadi tetamu majlis perkahwinan agar tidak mengecilkan hati tuan rumah

Menghandiri jemputan majlis adalah sesuatu yang dituntut didalam islam. Apabila menerima jemputan secara baik, wajiblah kita menghadirkan diri kecuali ada aral yang membataskan kehadiran kita seperti masalah kesihatan, keluarga dan sebagainya.

Apabila bertandang ke majlis orang, tidak kiralah majlis perkahwinan, doa selamat, pertunangan, majlis cukur jambul atau sebagainya seharusnya kita menghormati tuan rumah.

Elakkanlah kita menjadi batu api atau kaki bawang mengutuk atau mengumpat hina majlis orang lain. Jadilah tetamu yang menggembirakan tuan rumah.

Apabila berada dalam majlis orang, elakkanlah bercerita tentang keburukan orang lain atau erti kata lain menjalankan sesi mengumpat. Seeloknya, majlis itu dihiasi dengan perkara-perkara baik disamping mengeratkan lagi silaturahim antara tetamu dan tuan rumah.

Jika anda menghadiri majlis yang dibuat ala kadar atau simple, jangan pula anda mengutuk tuan rumah atau membanding-bandingkan majlis itu dengan kehebatan majlis orang lain. Senang cerita, jangan jadi parasit majlis orang.

Tak perlulah anda pula menjadi pengkritik bebas tidak berbayar yang suka mengondem pelamin, baju sanding hatta makanan yang disajikan. Sebagai tetamu, terima sahaja apa yang dihidangkan tuan rumah. Mungkin itu sahaja kemampuannya. Yang penting, sebagai tetamu cubalah sedaya upaya menggembirakan hati tuan rumah dan pengantin.

Selain itu, tak perlu berlagak seperti profesor serba tahu yang kononnya apa yang tuan rumah lakukan adalah salah. Serba tak kena itu dan ini. Majlis orang tahulah orang itu uruskannya. Tak perlu anda pula yang tunjuk pandai.

Paling haru, bila anda pula yang lebih-lebih membandingkan pasangan pengantin dengan pengantin lain. Kononnya pengantin lain lebih bertuah dapat pasangan yang lebih berkerjaya.

Tahukah anda, lagak makcik bawang dalam majlis orang adalah sangat ‘annoying’ dan dibenci dalam agama kita. Kehadiran spesis makcik bawang tidak perlu pun dalam majlis orang lain kerana anda dilihat cukup menjegkelkan dan menyusahkan pengantin serta keluarga.

Jadilah tetamu yang menyenangkan. Tidak mahu membantu tak mengapa tetapi cukup jangan jadi perosak majlis orang lain.

Back to Top