Nak cantik, kulit putih mulus tanpa suntikan? DIY bedak sejuk je, lebih jimat!

Tiada yang lama maka tiadalah yang baru. Wanita zaman dahulu menjadikan bahan-bahan di sekeliling mereka sebagai rejim kecantikan wajah.

Halia, kunyit, limau kasturi, santan kelapa dan sebagainya dijadikan bahan utama untuk merawat kecantikan.Bedak sejuk antara ‘produk’ perawatan kecantikan yang diamalkan sejak dahulu lagi.

Malah ada wanita yang masih mengamalkan cara tradisional ini untuk merawat kecantikan wajah. Ia lebih semula jadi dan tentunya tiada kesan sampingan.

Permintaan bedak sejuk juga masih ada kerana bedak sejuk ada ‘peminat’ tersendiri. Sebenarnya tidak susah pun hendak buat bedak sejuk.

Buat sendiri lebih bagus sebab sudah tentu terjaga kebersihan. Paling penting boleh berjimat dan pakai dalamm tempoh yang lama.

Buat Sendiri Bedak Sejuk Titik Di Rumah

1. Rendam beras dahulu selama lebih 6 bulan.

2. Bila beras sudah betul-betul hancur, tapis dengan kain kasa agar beras yang masih belum hancur dapat dipisahkan.

3. Air beras tadi biarkan mendak.

4. Mendakan itulah nanti yang akan dititik di atas kain menggunakan daun pisang.

*Pakai Masker Bedak Sejuk Dari Malam Ke Pagi, Berkesan Memulihkan Kulit Muka Waktu Berpantang

CARA PAKAI MASKER BEDAK SEJUK 

1. Biji-biji bedak ambil sekadar perlu dan larutkan dalam air.

2. Sebaiknya air tapisan, air zam-zam atau air mineral.

3. Bila biji-biji bedak dah larut, ambil larutan bedak, sapu pada kulit dan biarkan ia kering.

4. Biasanya pengguna bedak sejuk beras akan amalkan hari-hari atau waktu berada di rumah. 5. Elok amal pakai waktu malam sebelum tidur dan biarkan semalaman.

6. Esok pagi boleh bersihkan kulit dengan air semasa mandi.

Sebenarnya bedak sejuk ini bagus sebab ia boleh menjadikan kulit lembut dan berseri. Jerawat pun ‘malas’ hendak singgah pada kulit wajah. Pokoknya, mestilah rajin dan konsisten.

Sumber kredit: Perpustakaan Desa Teluk Jambu Perlis

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart