Pasangan frontliners paling ‘bersemut’, suami bagi ‘Love’ semasa roadblock

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan, pasukan anggota polis giat melakukan sekatan jalan raya dan rondaan untuk memastikan rakyat mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Kita sudah lihat ramai yang kena tahan dan disaman kerana tidak patuh pada SOP, dan itu membuatkan sesetengah orang merasa gentar setiap kali ada sekatan jalan raya atau roadblock ini.

Namun baru-baru ini, tular satu video yang telah mencuri tumpuan ramai apabila seorang anggota polis menunjukkan simbol ‘love’ kepada seorang pemandu wanita semasa roadblock. Kebetulan, pemandu wanita itu pula sempat merakam moment berkenaan.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

Rupa-rupanya, mereka adalah pasangan suami isteri dan kedua-duanya adalah frontliner

Video tersebut tular di pelbagai platform media sosial kerana netizen mengatakan reaksi spontan suami kepada isterinya yang merupakan seorang doktor adalah sangat sweet dan cute!Isteri anggota polis tersebut telah memuat naik video suaminya di Facebook dengan kapsyen

‘abg polis bg heart la kat kita hahaha auchh haha mcm ni la bila wife doctor husband polis. Bertembung tepi jalan camni je haha.

Take care my husband. Jgn mrh na kita main phone sekepap je ni nak rakam. Jarang2 boleh rakam moment ni haha.’

Video itu kini meraih hampir 500,000 tontonan dan 10,300 retweets serta 25,4000 likes di Twitter

Antara komen menarik daripada netizen di Twitter:Mungkin ramai pasangan suami isteri di Malaysia ini yang juga sama-sama frontliner, tetapi pasangan ini berjaya menjadi perhatian ramai apabila si isteri merakam moment ketika suaminya membuat simbol ‘love’ itu.

Menurut isterinya juga, mereka jarang nak bertembung sewaktu bekerja, tetapi kebetulan pada hari itu suaminya sedang bertugas di sekatan jalan raya jadi dia hanya nak rakam moment itu.

Mereka menerima pelbagai komen daripada netizen dan ramai yang memuji polis itu sweet kerana sempat bagi ‘love’ kepada isterinya.

Mungkin bagi sesetengah orang, perkara itu adalah normal. Walaupun video itu nampak simple, tetapi ia berjaya membuatkan si isteri happy.

Semoga frontliners kita di KKM, pihak polis dan semua yang bertugas sentiasa diberi kekuatan dalam menjalankan tugas membantu negara menghadapi pandemik Covid-19 ketika ini.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart