Malu ketiak berbau dan hitam? Cuba je tips ini…

Masalah ketiak hitam ini bukan anda seorang sahaja yang alami. Tenang! Ini kerana ada banyak sebab yang mendorong kenapa warna kulit di sekitar kawasan ketiak gelap semacam tak sama seperti model-model yang ada dekat dalam televisyen itu. Mungkin sebab deodoran yang anda pakai tak kena dan mungkin juga sebab teknik mencukur yang tak betul.


Sebenarnya, ibu dan nenek kita juga pernah bercakap tentang perkara ini, Mereka juga ada menurunkan beberapa petua untuk kita mencerahkan bahagian ketiak. Mana tidaknya, suami kita selalu komen tentang keadaan dan bau ketiak kita sampai dah tak larat telinga kita nak dengar.

Jangan risau sebab kami nak kongsikan bahan semula jadi yang membolehkan anda mencerahkan ketiak dan jimat. Jom baca apakah 5 bahan tersebut.


Kunyit

Kunyit dapat membantu menghilangkan pigmentasi dan memulihkan masalah kulit. Caranya mudah sahaja. Ambil serbuk kunyit dan lumurkan ke ketiak anda. Selain daripada itu, anda juga boleh campurkan kunyit dan susu untuk mendapatkan hasil yang lebih bagus. Susu dan kunyit juga dapat membantu menghilangkan masalah bau ketiak.

Timun

Timun dapat membantu mencerahkan semula ketiak anda yang hitam tu. Caranya, potong halus timun dan lumurkan ke ketiak anda. Selain mencerahkan kulit, timun juga dapat melembapkan kulit ketiak.

Lidah Buaya

Lidah buaya mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan kita kerana isi pokok lidah buaya mempunyai vitamin C dan airnya mampu melembabkan kulit ketiak kita. Apalagi, anda boleh lumur sahaja di ketiak anda. Kalau nak jimat, tanam sahaja aloe vera dekat dalam rumah.

Minyak kelapa

Kalau dulu, boleh dikatakan setiap rumah ada minyak kelapa. Selain baik untuk kesihatan, ia juga baik untuk kecantikan. Caranya mudah saja, anda sapu minyak kelapa dekat ketiak dan urut sikit sebelum mandi.

Lepas ini dah tak payah pening-pening memikirkan masalah ketiak anda. Senang sahaja. Anda tinggal pilih mana-mana petua yang dicadangkan dan cuba. Kalau nak guna semua pun tak ada masalah. Semoga berjaya!

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top