Dapat 5 interview dalam masa sebulan, gadis ini dedah tips murah rezeki cara betul

Setiap daripada kita perlu sedar bahawa rezeki yang diterima datangnya daripada Allah SWT. Malah tidak ada satu bentuk rezeki yang tidak termasuk dalam kurniaan Allah SWT.

Memang benar, kita berusaha untuk mendapatkan rezeki, namun usaha itu bergantung sepenuhnya kepada ketentuan Allah SWT. Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud:

Menyedari hakikat itu, setiap Muslim perlu beriman kerana kepada Allah SWT sahajalah selayaknya kurniaan rezeki kita itu dipohon. Bukan itu sahaja, kita juga perlu bersabar dalam memohon rezeki daripadaNya yang dikenali dengan Ar-Razzaq.

Ini kerana Allah SWT akan mengurniakan rezeki kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya asalkan hamba itu berusaha mendapatkan rezeki yang dihajati.

Seperti yang diceritakan seorang gadis perihal bagaimana dia merasakan dirinya dimurahkan rezeki setelah mengamalkan ibadah sunat extra

Menerusi laman Twitter, gadis yang dikenali sebagai Hazida itu telah berkongsikan tips bagaimana dia mendapat panggilan temuduga kerja sebanyak 5 kali setelah menjadikan Allah SWT sebagai ‘cable‘ dia mendapat kerja.

Baca perkongsian penuh di bawah:

Dalam perkongsiannya, Hazida menyatakan bagaimana dia mula melakukan ibadah sunat secara konsisten meskipun mengakui berasa malas pada awalnya.

Antara ibadah yang dilakukan gadis itu termasuklah solat sunat rawatib qabliyyah dan ba’diyyah, diikuti pula dengan solat sunat tahajjud.

Selain daripada itu, Hazida turut melakukan sedikit amal jariah dengan membuat ‘paid retweet‘ namun tanpa mengenakan bayaran. Dia bagaimanapun telah meminta didoakan agar sentiasa dipermudahkan rezeki.

Tambah Hazida lagi, dia telah menjadikan ibadah solat sunat itu sebagai satu kewajipan. Bukan itu sahaja, gadis itu juga telah mula membaca kalam al-Quran setiap malam selepas solat Maghrib.

Dalam pada itu, satu lagi amalan yang dilakukan Hazida ialah berselawat sekurang-kurangnya 300 kali sehari. Dia akan berselawat setiap kali sesudah solat fardhu.

Betul, apa-apa yang kita idamkan perlu dibuat dengan penuh usaha, kemudian perlulah disusuli dengan doa dan tawakal. Ingat tu!

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart