Jom cuba! Cara paling mujarab dan murah untuk menghilangkan kelemumur

Terdapat pelbagai cara dan jenis rawatan untuk menghilangkan masalah kelemumur. Ada yang menjadi, ada pula sebaliknya.Yang pasti kewujudan kelemumur memang merengsakan kerana membuatkan kulit kepala berasa amat gatal.

Siapa yang ada masalah ini, pasti berasa tidak selesa dan membuatkan mood anda terganggu sepanjang hari.

Berbalik kepada anda yang mengalami masalah kelemumur, mungkin boleh cuba petua yang dikongsi ini sebagai penyelesaian masalah anda.

Nah, cuba tips ini. Ianya mudah dan murah!

Cara atasi kelemumur

Bahan:

2-5 sudu garam bukit

Syampu

Shower cap

Caranya:

1. Tuang syampu dalam mangkuk, campurkan dengan garam. Gaul sebati.

2. Basahkan rambut, syampu rambut macam biasa sambil urut kulit kepala. Sapu ramuan ini pada bahagian kulit kepala yang berkelemumur atau berminyak. Gosok perlahan-lahan.

3. Bila dah selesai urut kulit kepala, pakai shower cap. Kalau tak ada shower cap, ikat atau sanggul rambut. Biarkan ramuan ini meresap antara 5 ke 10 minit.

4. Akhir sekali, bilas rambut sampai bersih. Lap rambut separuh kering, sapu serum pada hujung rambut. Lap rambut jangan kasar, sebab nanti rambut jadi pecah dan bercabang.5. Campuran garam dan syampu juga dapat atasi masalah kulit kepala gatal. Kulit kepala akan rasa segar dan tidak berminyak.

Nota: Amalkan syampu rambut dengan campuran garam ini seminggu dua kali untuk hasil yang menakjubkan. Rambut pun lebih kuat!

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart