Jari yang manakah paling tepat untuk sarung cincin perkahwinan?

Hadiah yang paling utama untuk disediakan oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan ialah sebentuk cincin sebagai tanda pertunangan. Malah ada juga pasangan yang menyediakan dua buah cincin dan biasanya ia terdiri dari cincin merisik (cincin belah rotan) dan cincin batu permata (cincin tunang). 

Bila dah dapat dua cincin ini pasti ada yang keliru, seeloknya jari mana yang hendak disarung. Bukan apa, setiap pemakaian punya maksud tersendiri. Lebih-lebih lagi kita orang melayu yang penuh dengan adat resam. 

Tak kisahlah anda sudah menjadi tunangan orang, bakal atau masih mencari jodoh. Kami ajar cara betul dan tepat pakai cincin tunang dan merisik. 

TIPS: Bila bertunang, cincin mesti di pakai jari tangan kanan. 

1) Cincin tunang (jari manis kanan), cincin merisik (jari manis kiri)
SONY DSC
2) Cincin tunang (jari manis kanan), cincin merisik (jari tengah kanan)
SONY DSC
3) Cincin tunang (jari manis kanan). cincin merisik (jari kelinking kanan)
4) Cincin tunang, cincin merisik (jari manis kanan) 
SONY DSC

Kalau selama ini salah pakai, cuba tukar jari ya… 

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top