Jangan sesekali bandingkan jodoh orang lain dengan jodoh sendiri, yakin semua ketentuan Allah

Apabila bercakap soal jodoh, pastinya perkara utama yang akan ditanya apakah kerja suami atau si isteri itu? Belajar sampai universiti ke? Berapa gaji si polan tu?

Ini adalah realiti dan hakikat yang perlu dihadapi seseorang. Bukan sahaja dalam konteks orang melayu tetapi ini seperti menjadi norma kebiasaan dalam kehidupan sesiapa sahaja.

Tidak dinafikan, memilih jodoh berkerjaya atau berpelajaran tinggi merupakan aspek utama dalam melihat seseorang itu sebagai jodoh pilihan yang mampu menampung atau membina sebuah keluarga. Namun, pada dasarnya taraf hidup seseorang bukanlah penjamin kebahagiaan rumah tangga.

Baru-baru ini, viral seorang cikgu yang memilih seorang pemandu lori sebagai suaminya. Ini membuatnya dihina kerana pandangan masyarakat yang memandang pekerjaan pemandu lori adalah tidak setaraf dan layak menjadi suami kepada wanita tersebut. Walhal, ini adalah stigma buruk masyarakat yang hanya menganggap pekerjaan bertali leher sahaja adalah baik dan sesuai untuk menjadi pilihan sedangkan mereka tidak tahu pekerjaan sebagai pemandu lori itu sebenarnya mampu meraih pendapatan lebih RM 6 ribu sebulan.

Sehingga kini, kita tidak mampu menghapuskan stigma negatif masyarakat yang lebih memandang taraf serta kebendaan.

Tonton video dibawah untuk pengertian pemilihan jodoh terbaik:

https://youtu.be/smp547Z2LcA
Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart