10 inspirasi pelamin yang mampu membuatkan majlis perkahwinan anda luar biasa

Bila sebut mengenai bab perkahwinan, semestinya bakal mempelai mengimpikan hari yang sempurna. Kesempurnaan ini dicurahkan di dalam setiap aspek yang terdapat dalam sesebuah majlis yang bakal dilangsungkan.

Antara perkara yang menjadi centerpiece di dalam majlis perkahwinan ini tak lain tak bukan adalah pelaminnya. Tak lengkap sesuatu majlis perkahwinan jika tak ada pelamin kerana sudah menjadi adat orang melayu untuk bersanding, kalau tidak mana kan mendapat nama jolokan raja sehari.


Nampak mudah kan? Pelamin yang dihiasi indah menjadi penyeri kepada singgahsana bagi kedua dua mempelai. Tak semudah itu, di dalam era yang serba moden, pelamin juga dititikberatkan dari segi rekaannya, kesesuaian gubahan dan tatarias sesebuah pelamin mengikut tema yang dipilih dan warna yang memberi kesan yang ingin disampaikan oleh tuan rumah supaya majlis persandingan bukan sahaja memperlihatkan kecantikan dan keunikan tetapi menjadikan pelamin dan keseluruhan majlis itu satu penceritaan yang memberikan impak kepada jemputan tetamu yang menghadirinya.


Jadi untuk kali ini, kami kongsikan kepada anda bakal pengantin yang berada diluar sana yang tak lama lagi bakal melangsungkan hari bahagia anda idea idea yang boleh membantu anda memilih tema dan rekaan pelamin kahwin yang ingin direalisasikan.

1. @Indah Wedding

Di Indah Wedding, setiap rekaan adalah eksklusif buat setiap pelanggan yang mendapatkan khidmat mereka. Elegan dan mewah, diberikan nama rekaan Mystical Purple, sememangnya satu rekaan pelamin yang sangat menakjubkan dengan rekaan terperinci yang berteraskan warna lavender.

Centerpiece pelamin pula menonjolkan gubahan yang sangat klasik dan nampak hidup dengan penggunaan bunga-bunga yang besar dan rona warna yang harmoni selaras dengan warna tema.


Backdrop pelamin pula ditambahkan dengan chandelier dan gubahan yang menciptakan rasa seperti anda berada di dalam taman bunga di waktu malam yang diterangi cahaya bulan dan bintang. Rekaan mewah sebegini disempurnakan apabila pengantin mengayakan Wedding Gown berwarna putih dan English Fit Wool Tuxedo.

2. @Kayangan Gallery

Hasil rekaan pelamin dan majlis resepsi suasana yang indah bak berada di syurga kayangan. Keindahan yang dipaparkan di dalam rekaan ini menonjolkan inspirasi majlis yang diadakan di bawah langit malam dengan bintang bergermelapan.


Hiasan centrepiece pelamin pula menggunakan delphiniums dengan rona warna lavender dan tatarias lampu mempamerkan ilusi pohon-pohon pokok dan daun-daun dipenuhi kunang kunang.

Bench ala kristal melengkapkan keseluruhan rekaan pelamin dan konsep yang disampaikan. Mempelai yang ingin mengayakan English Gown dan Tuxedo Suit sesuai untuk dipadankan dengan tema sebegini.

3. @Muasmo

Sudah sinonim di dalam sesebuah majlis perkahwinan apabila bunga bunga digunakan untuk menghiasi pelamin. Jika anda mengimpikan rekaan yang berteraskan bunga bunga, Muasmo sedia membantu anda.


Dengan backdrop tirai berwarna felucean, centrepiece pelamin yang menggunakan sepenuhnya jambangan bunga ros dan delphiniums dengan rona pastel dipadankan dengan kerusi bersanding bewarna hitam agar menciptakan kontra yang seimbang. sesuai digandingkan dengan busana pelamin songket tradisional dengan pilihan warna gelap agar keseimbangan warna kekal.

4. @Flair Design

Less is more. Itulah yang dikatakan oleh mereka yang mengimpikan kesempurnaan namun berserdehana. Ini yang dapat dilihat dalam rekaan oleh Flair Design. Tanpa tirai yang sarat, rekaan ini hanya mengunakan backdrop dengan penggunaan panel yang dipenuhi bunga bunga dan paku pakis berteraskan rona putih dan merah.


Kerusi pelamin pula hanya menggunakan bangku panjang putih ringkas dengan sisi pelamin diserikan lilin didalam balang kaca. Rekaan yang berkonsepkan minimalis ini sesuai untuk majlis akad nikah dan juga resepsi dengan busana tradisional yang menggunakan warna putih agar kontra yang harmoni terhasil.

5. @Khai Wedding Deco Sarawak

Yang menarik mengenai sentuhan Khai ini adalah kesederhanaan yang dipamerkan. Dengan backdrop yang menggunakan kanvas gambar di dalam hutan, Khai Wedding Deco Sarawak banyak menggunakan pokok pokok hijau dengan akar dahan melingkar dan rumpun rumpun hijau dan amber. Pelamin pula hanya mengunakan bangku panjang tanpa backrest.


Siling atas pula mengenakan kain putih bergaya French curtain dan diterangi dengan lampu chandelier putih. Pelamin ini sesuai untuk majlis akad nikah yang memakai pakaian berwarna putih.

6. @Afeer Kuala Lumpur

Pelamin ini menggunakan bahan yang berteraskan warna putih sebagai warna tema, daripada bahagian panel, kerusi bersanding, bunga bungaan dan juga pentas.


Gabungan warna perak pada alatan merenjis dan warna hijau pada paku pakis dan dedaun menaikkan lagi seri pada pelamin. Sesuai untuk mereka yang memilih busana pastel yang berteraskan putih kebiruan dan putih kekuningan.

7. @Deire Weddings

Dengan modal RM900, anda juga boleh dapatkan hiasan bergayakan rustic ini daripada Deire Weddings. Tanpa terlalu banyak perincian yang mengabungkan banyak perkara, Deire Weddings hanya menggunakan bangku putih dengan hiasan bunga plastic dan besi berwarna gangsa.


Pada bahagian backdrop pula dihiasi tirai putih yang ditambahkan jambangan daun daun dan pakis yang juga berwarna gangsa. Bagi yang melangsungkan akad nikah di rumah, memang sesuai pelamin ini.

8. @Munstara Event

Bagi yang mahukan kelainan atau yang berjiwa seni, sudah pasti apa yang anda inginkan tak akan sama dengan majoriti bakal mempelai diluar sana.
Munstara Event yang juga pernah bekerja dengan penyanyi terkenal Yuna, mempamerkan gaya ringkas yang menggunakan bahan semulajadi dan tropika seperti pampas dan pokok sepit udang.


9. @Munstara Event

Satu lagi design pelamin yang dikira menjadi pilihan terkini yang bersifat santai dan bergaya hippie. Munstara Event juga boleh mengadakan pelamin seperti ini untuk anda.


pelamin ini hanya menggunakan bangku pengantin dengan curtain wall agar mencipta ilusi ruang tertutup. Papan bed rail pula diletakkan dibahagian feature wall dan dihiasi dengan beberapa elemen kecil dan sisi pelamin mengikut kehendak pelanggan. Cukup ringkas dan cool.

10. @Kotak Kayu Deco

Kotak Kayu Deco diberi seiring dengan rekaan yang ditampilkan dalam setiap rekaan pelamin, dengan penggunaan pallet sebagai elemen utama. Mereka juga mengabungkan tatarias pentas dengan French curtain berwarna putih dan bahan bahan berteraskan rona yang sama seperti kayu pallet.


Sedikit tambahan bunga dan daun plastik menambahkan warna untuk rupa keseluruhan yang tidak muram. Sesuai dipadankan dengan busana rona achromatic dan warna gelap.

Fadhilah
Author: Fadhilah

1 Comment
  1. […] memotong kek dalam majlis perkahwinan memang tidak dapat dipasahkan. Ia diibaratkan seperti simbolik pengantin baru yang baru sahaja […]

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart