Ini cara paling tepat perlu dilakukan jika anda bukanlah menantu pilihan

Tanyalah sesiapapun, semua wanita menginginkan dirinya diterima dan disayangi oleh keluarga mertua. Ia adalah rezeki dan nikmat yang paling bahagia diimpikan oleh setiap wanita. Namun hati orang ni berbeza, kita tidak boleh paksa untuk menerima diri kita.


Penerimaan ini bergantung bagaimana individu tersebut membuat penilaian ke atas diri kita sewaktu pertama kali bertemu atau selepas mengenali diri kita. Jadi, bagaimana jika timbul isu keluarga mertua tak boleh menerima diri kita? Apa yang perlu kita buat?

Kami ada beberapa jalan penyelesaian buat semua wanita yang mempunyai nasib begini dan tip yang kami kongsikan ini perkongsian daripada salah seorang pendakwah bebas yang kami dapat di media sosial.

Duduk jauh

Menurut Ustaz Ebit Lew, bila sudah berkahwin, cuba elakkan duduk satu bumbung dengan mertua. Sebaiknya, duduk berjauhan berlainan negeri atau daerah.


Tapi bukan bermakna tak bertanya khabar atau tak pulang langsung menziarah mereka. Seminggu sekali bertanya khabar melalui telefon atau sebulan sekali balik menjenguk mereka.

Jangan malas

Bila kita pergi menziarah keluarga mertua di rumah, cuba bersikap ringan tulang. Bila mereka masak, bantu apa yang patut di dapur sehingga mereka selesai.


Bila waktu lapang, cuba cari kerja seperti sapu rumah, siram pokok atau mengemas rumah. Ya, agak penat tapi ingat! Mertua sedang memerhati pergerakan anda.


Spiritual Communication

Menurut Prof Dr Muhaya, bila kita tahu seseorang susah nak berkomunikasi dengan kita, salah satu cara lain adalah berkomunikasi dengan cara spiritual communication. Caranya dengan melakukan dua langkah seperti di bawah dan jika dipraktikkan dengan kerap akan nampak hasilnya.

  1. Duduk satu tempat, baca sura Al-Fatihah, panggil nama dia seolah-olah memanggi roh dia berdepan degan kita sambil ucapkan dalam hati dengan nada yang lembut, “Saya sayang mak, saya faham mak, saya minta maaf dengan mak, terima kasih banyak-banyak”
  2. Jika gagal juga, bayangkan dia budak kecil berusia 5 tahun, kecilkan figura individu tersebut, masukkan ke dalam poket hati kita dan sapu bahagian hati sambil ucapkan, ‘saya sayang mak’.

Mengalah

Orang yang lebih tua ni ada yang berfikiran mereka lebih banyak makan garam berbanding diri kita jadi bila mereka tegur apa-apa, diamkan saja walaupun perkara tu tak menjadi masalah besar pun. Kalau ada pun mertua memerli, pekakkan telinga sebaiknya istighfar dalam hati. Percayalah, anda tak akan dapat apa kalau melawan.

Berdoa

Akhir sekali, berdoa. Kalau tak doa, dengan siapa lagi kita nak minta bantuan? Jangan putus asa berharap untuk Tuhan menukar perasaan benci kepada sayang.


Mungkin ada yang mengatakan, 5 senarai di atas terlalu baik takut nanti kena pijak kepala atau memakan diri tapi tidakkah anda percaya Tuhan itu Maha Adil? Memang tak semudah yang disangka tapi sesuatu ujian yang diberi pasti ada sebab. Tempuh dengan tenang dan penuh dengan internal strategic.

Percayalah, bila dah lakukan perkara di atas, lama-kelamaan akan nampak perubahan walaupun sikit, its okay, slowly but surely. Paling penting jangan terlalu memikirkan dan mengharap untuk keluarga mertua menerima diri kita selepas melakukan kebaikan kerana hidup kita bukan untuk puaskan hati manusia. Ikhlaskan kebaikan kita.

Oh! Sebelum tu, nak share beberapa tip cara pikat hati mertua. Antaranya..

  1. Bagi mereka masakan air tangan kita.
  2. Jangan mengutuk tentang siapa pun.
  3. Jangan complain apa pun.
  4. Bila datang menziarah, bawa buah tangan atau apa-apa barang yang mereka suka.

Kita usaha, selebihnya biar Yang Maha Pencipta yang menilai dan tentukan. Ingat! Orang yang sabar akan menang.

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top