Harus baca! Bila kita menjadi TUNANGAN orang tanpa sedar

Percaya atau akt, kita boleh ber”tunang” tanpa sedar?? Yup, kita boleh bertunang tanpa kita sedar, bila seorang lelaki, berhasrat untuk mengambil seorang perempuan untuk dijadikan isteri.

Eh, itu memang normal bukan? Tapi, yang anda mungkin anda tak tahu, anda sebenarnya sudah bertunang bila situasi seperti berikut berlaku:

Lelaki menyatakan hasrat ingin menjadikan perempuan itu isterinya, dan perempuan itu bersetuju. Adakah dikira telah bertunang? Padahal tidak ada ibu bapa perempuan tersebut.

Pinang dari segi hukum fiqah, bererti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. Itu dipanggil pinang. Bila perempuan menjawab setuju, maka jadilah perempuan itu tunang laki tersebut.

Situasi yang dianggap pinangan:

“Aku nak jadikan kamu sebagai isteriku”

“Kahwinlah dengan kita bila2”

Bila si perempuan bersetuju, dia akan jadi tunang. Sama ada bercakap dalam telefon, tetap dah jadi tunang.

Contoh:

“lelaki sebut dalam telefon, “I nak jadikan u isteri I lah”

Perempuan tersebut jawab, I sukalah, I setujulah, oraitt I’m fine, oklah, I redha atau apa2 yang menunjukkan dia suka dengan “pinangan” lelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang.

Jadi, bila dia dah jadi tunang orang tanpa sedar, bila ada lelaki yang meminang, hukumnya haram.

Kita orang melayu time nak tunang duk bawa rombongan 1 bas, bawa barang-barang pinangan, itu sebenarnya adalah ADAT bukan dari segi hukum Islam. Dari segi hukum Islam, dah jatuh hukum tunang.

Persoalan ialah bila Ibu bapa takde. Mengikut hukum syarak, kalau perempuan itu sudah diizin pada syarak. Sebagai contoh, perempuan yang cerdik, yang baligh, yang boleh berfikir, dia sudah dianggap bertunang.

Bila perempuan tu tak menepati hukum syarak tersebut, contoh seperti belum baligh lagi (baru darjah 3 mungkin), perempuan itu bodoh (tak boleh berfikir), gila, dan sebagainya, makanya wali diperlukan untuk jawab “pinangan” tersebut.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart