Emma Maembong selamat melahirkan bayi lelaki, netizen puji kecomelannya

Pelakon Emma Maembong atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 28, selamat melahirkan bayi lelaki pertamanya pada 8 November lalu.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri suaminya, Muhammad Shazli Azhar, 32, menerusi akaun Instgramnya tengah hari tadi.

“Alhamdulillah…8.11.20 Allah is the greatest,” tulisnya ringkas pada ruangan kapsyen beserta video pendek potret mereka bertiga.

Pengumuman itu sekaligus menamatkan desas-desus mengenai Emma yang dilaporkan sudah selamat bersalin dan turut mengadakan majlis doa selamat serta aqiqah bayi mereka semalam.

Pelakon Cemburu Seorang Perempuan itu sah bergelar isteri kepada Shazli yang juga seorang juruterbang pada majlis tertutup di sebuah premis acara di Bukit Damansara, pada 20 Februari lalu.

Rata-rata peminat dan netizen memuji kecomelan bayi lelaki mereka dan tidak sabar ingin mengetahui nama untuk bayi tersebut.

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top