Elakkan rasa bosan dengan pasangan, serlahkan rasa sayang dengan 5 tips ini

Hidup berumah tangga sudah pasti inginkan bahagia. Adat dan lumrah kalau ada bertengkar atau bergaduh kecil. Semuanya untuk mengajar suami dan isteri bersabar dengan kerenah masing-masing.

Memperbaiki kesilapan adalah kunci hidup rumah tangga yang bahagia.

Perkahwinan merupakan kewajipan bagi sesiapa yang mampu. Ianya dimestikan bagi mengelakkan maksiat dan menambah umat Nabi Muhammad.

Dalam kehidupan berumah tangga ada pasang surutnya. Yelah, bukan kehidupan namanya jika tiada dugaan. Ini kerana dugaanlah yang mematangkan dan mendidik kita mengharungi kehidupan.

Namun, apabila perkahwinan mula menjangkau 5 tahun keatas, tidak dinafikan ada kalanya kita mula merasa bosan dan muak dengan pasangan. Ini kerana bisikan syaitan dan nafsu inginkan kebebasan yang membuak-buak mungkin disebabkan penat melayan kerenah pasangan.

Kami kongsikan 5 tips mengelakkan rasa bosan dengan pasangan dan membangkitkan kembali rasa sayang dalam rumah tangga.

1) Beri pujian kepada isteri atau suami

Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas.
Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur. Tak rugi sesekali memuji ister ataupun si isteri memuji suami sebagai usik mengusik. Tahu tak, usik mengusik tu adalah pengerat kasih sayang.


2) Dengar pendapat pasangan

Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka.
Isu semasa boleh dijadikan sebagai ‘ice-breaking’.
Kemudian, berbincanglah mengenai hal rumah tangga dan masa depan.
Suami boleh bertanyakan pandangan isteri mengenai masalah kerjanya. Begitu juga sebaliknya, isteri boleh bertanya suami agar suami rasa dirinya lebih dihargai.

3) Penuhi hajat isteri

Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi suami.
Bukankah pemberian itu melambangkan anda suami yang amat menghargai pengorbanan isteri. Isteri juga bolehlah penuhi hajat suami juga. Tak salah kan..


4) Anggap pasangan seperti diri sendiri

Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi.
Semua orang suka dibelai dan dikasihi apatah lagi pasangan suami isteri.
Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta.
Inilah yang sering diabaikan oleh banyak pasangan. Pasangan anda adalah cerminan diri anda sendiri.
Kemana anda pergi, wajah pasangan perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumahtangga akan bahagia.

5) Isteri bukan pembantu rumah

Banyak suami menganggap kerja-kerja rumah tanggunjawab isteri seratus peratus. Padahal dalam Islam, tidak ada hukum isteri wajib melakukan kerja rumah.
Cuma, ajaran Islam mengatakan wanita berkahwin yang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaiknya akan dijamin syurga. Itu sahaja.
Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dengan kerja rumah yang mereka lakukan. Dalam rumah tangga, buat kerja sama-sama kan lebih bahagia. Jangan berkira ok!


Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top